APA lagi mahu dikatakan, adinda Marc Marquez meneruskan kecemerlangan bergaya apabila menjuarai pusingan GP Jerman buat kali ke-9 berturut-turut di Litar Sachsering, sekali gus menjarakkan mata dengan pesaing terdekat, kekanda Valentino Rossi, 46 mata yang pada masa masa menamatkan saingan di tempat kedua.
Walaupun mendapat petak pertama, Marquez terlebih dahulu ditinggalkan pasangan Ducati, Danilo Petrucci dan Jorge Lorenzo di selekoh pertama. Cuma pada pertengahan perlumbaan barulah pelumba Repsol Honda itu menunjukkan taring sebenar dengan memintas Lorenzo yang mengalami masalah tayar pada 10 pusingan terakhir.
BACA >>> #2018GPBelanda: Marquez Juara dalam Aksi Dramatik, Hafizh Hadapi Masalah Tayar
Lebih teruk, masalah itu menyingkirkan dia daripada pentas podium dan terpaksa berpuas hati di tempat ke-6, manakala kedudukan ketiga dirampas Maverick Vinales yang menunjukkan aksi lewat perlumbaan. Dia tertinggal di kedudukan ke-8 pada aksi pembukaan.
Sementara itu pelumba negara, Hafizh Syahrin menamatkan saingan dengan tempat ke-11, ditinggalkan 4 saat di belakang pelumba Reb Bull KTM, Bradley Smith yang mencatatkan keputusan terbaik untuk pasukannya setakat tahun ini. Namun, Hafizh kekal sebagai pelumba rookie terbaik dalam perlumbaan ini.
KEPUTUSAN GP JERMAN 2018
- Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 5.019s
- Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) 41m 7.215s
- Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 41m 7.795s
- Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) 41m 8.395s
- Alvaro Bautista ESP Angel Nieto Team (GP17) 41m 10.202s
- Jorge Lorenzo ESP Ducati Team (GP18) 41m 10.799s
- Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) 41m 12.960s
- Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 17.730s
- Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 41m 19.447s
- Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) 41m 26.493s
- Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* 41m 30.828s
- Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) 41m 30.982s
- Tito Rabat ESP Reale Avintia (GP17) 41m 34.059s
- Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) 41m 34.344s
- Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 41m 39.142s
- Stefan Bradl GER EG 0,0 Marc VDS (RC213V) 41m 43.226s
- Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 41m 54.388s
- Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP16) 42m 6.041s
- Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP16)* 42m 21.711s
- Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) DNF
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* DNF
- Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
- Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) DNF
Leave a Reply