BATERI kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri kereta turut menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Asasnya, binaan bateri terdiri daripada dua bahagian logam yang direndam dalam asid. Tindak balas kimia antara plat bateri (logam) menghasilkan asid-plumbum yang dikenali sebagai bateri asid-plumbum.
Binaan bateri terbahagi kepada jenis lazim dan bebas senggara, sama ada cas basah atau kering. Bagi mendapatkan kuasa bateri yang tahan lama, penyenggaraan perlu dilakukan daripada semasa ke semasa seperti memeriksa aras elektrolit, membersihkan endapan karbon di terminal dan kabel sambungan bateri supaya voltan dapat dialirkan kepada komponen elektrik yang diperlukan semaksimum mungkin.
Bateri yang lemah atau kurang cas perlu dicas untuk menguatkan lagi sel-sel bateri supaya dapat bertahan lama. Berikut ialah kegagalan yang biasa berlaku pada bateri kenderaan:
1. BATERI TERNYAHCAS
- Terlupa matikan suis lampu.
- Pintu kereta tidak ditutup rapat.
- Suis penghidup terbiar menyala (ON) semalaman.
Dalam kes begini, jika enjin susah dihidupkan, dapatkan seseorang untuk membantu anda menolak kereta. Masukkan gear tiga dengan suis kunci dalam keadaan 'ON. Lepaskan brek dan tekan injak pendikit dan enjin dijangka hidup. Sekiranya enjin masih sukar dihidupkan, keluarkan bateri daripada enjin dan cas dengan pengecas bateri.
- Bateri sudah lama tidak digunakan.
Kabel bateri harus ditanggalkan daripada terminal jika kenderaan tidak digunakan dalam tempoh seminggu atau lebih. Ini untuk mengelakkan voltan mengalir balik daripada bateri kepada punca bumi, sekali gus melemahkan bateri.
- Bateri sudah sampai hayat.
Tiada jalan lain selain menggantikan bateri baru. Gunakan bateri yang sama ampere seperti bateri lama, misalnya N40 atau N50 (kereta biasa). Jika takut tersilap, bawa saja bateri lama itu ke kedai bateri. Anda juga boleh menukar beli (trade-in) bateri lama di kedai bateri pada harga sekitar RM10.
2. BATERI TIDAK DAPAT SIMPAN CAS LAMA
- Sukatan nisbah asid sulfurik dan air suling tidak tepat.
Kandungan air terlalu banyak, atau nisbah asid sulfurik dengan air suling tidak tepat. Situasi ini mampu menyebablan cas tidak dapat disimpan lama. Caranya, keluarkan semua cecair daripada bateri hingga kering dan gantikan dengan elektrolit (campuran asid sulfurik + air suling) sedia ada di kedai bateri.
- Sel-sel bateri sudah reput.
Gantikan dengan bateri baru yang sama saiz seperti asal.
3. BATERI SENTIASA PERLU TAMBAH AIR
Bateri yang sentiasa perlu ditambah air menunjukkan kemungkinan berlaku cas berlebihan kerana pengatur voltan dilaras terlalu tinggi. Jika berlaku, periksa jumlah voltan cas daripada pengatur voltan dengan meter voltan.
4. PLAT BATERI BENGKOK
Sekiranya bateri dicas pada kadar tinggi dan pada masa berlebihan, haba yang terjana boleh menyebabkan plat bengkok. Kadangkala cecair elektrolit yang tidak mencukupi semasa bateri dicas juga menjadikan plat bateri bengkok kerana terlalu panas. Pastikan aras elektrolit diperiksa atau air suling ditambah sebelum mencapai paras yang mencukupi bateri dicas.
5. ELEKTROLIT BERUBAH WARNA
Apabila bateri digunakan dalam tempoh lama, plat dan sel-sel akan berubah bentuk dan struktur. Perubahan ini disebabkan suhu dalam bateri yang sentiasa berubah. Kadangkala, sel-sel akan retak, pecah atau sebahagiannya hancur akibat tindak balas kimia dan ini akan menukarkan warna elektrolit dalam kotak bateri.
Anda dinasihatkan supaya menukar saja bateri baharu. Antara tanda-tanda awal bateri anda bermasalah ialah enjin sukar dihidupkan, lampu menyala kurang terang dan komponen elektrik tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan bekalan voltan daripada bateri.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?
CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK
- Bateri kereta dicas secukupnya.
- Umur bateri bertahan lama.
- Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal.
- Tiada perlu kerap menambah air suling.
shahrul says
Apa beza bateri jenis NSxL dengan xxDxL ya...
Contoh NS70L dengan 85D23L..?
AO says
Itu cuma gred bateri yang sesuai untuk jenis kereta, Tak perlu detail sangat, Beli ikut disyorkan manufacturer
Azhar says
Mohon pencerahan ayat "Kabel bateri harus ditanggalkan daripada terminal jika kenderaan tidak digunakan dalam tempoh seminggu atau lebih". Selama ni yg saya diberitahu bateri tidak boleh ditukar jika enjin tak hidup kononnya setting ECU akan lari. Benarkah setting ECU lari dan perlu di set semula?
anonymous says
tgk jenis kereta..mana kereta yg guna sistem komputer beteri mmg x blh d tanggalkan..mana mana kereta lama.. boleh je
Alrafiu Alipnor says
Saya guna axia SE 2015. Sy baru tukar bateri tnpa hidupkn enjin. Adakah setting ecu akan tganggu?
Mir says
Jika terlupa tutup lampu kereta selama satu jam 30 min, apakan bateri akan ternyah cas?
Jimbut says
Yup
izzara says
kalau tak sampai satu jam?
ewan says
Jika lampu lupa di padamkan sehingga batteri kosong. Adakah batteri itu masih boleh di pakai? Batteri baru di beli pada bulan 5/2019. Adakah boleh di hantar ke kedai untuk di cas semula? Batteri jenis kering
Selvia says
Hi..bateri kereta kami baru 10 bulan, tapi dah tak boleh startkan kereta, pluk pun dah tukar. Kenapa ya..adakah bateri kereta auto ni cuma bertahan 10 bulan saja? Terima kasih
ABG GYL says
Bateri kena tengok pada cara penggunaan. Sepatutnya boleh melepasi 1 tahun untuk bateri. Boleh cuba claim di kedai. Atau jika beli di pusat servis, waranti adalah 1 tahun atau 20,000km (mana 1 tiba dahulu).
Saiful says
Bateri basah bleh isi semula ke ngn air bateri yg jual kt petronas,petron dan shell ??
Bateri bru usia setahun lebih...
ABG GYL says
Boleh. Tak kisah brand apa, janji air bateri. Jangan air ketum sudah.
Azimah says
Br guna Honda brv April 2017..b3 Kong bln Nov 2018..dlm keta xde dvd cume sy kerap charge guna USB cable dlm keta.. Adakah sebb tue b3 keta cepat Kong..
Aj ib says
Salam tuan.
Bateri sel kering boleh di cas tak ?
ABG GYL says
Boleh. tapi jangka hayat bateri kebiasaannya 1 tahun
Helmy says
Berapa sukatan asid sulfuric..utk bateri kereta n70...or bateri motor....
Sham says
Toyota avanza 2012 1.5 batery dia sebenar NS60 ke?saya tak pasti sebab saya beli second kereta ni..tgk bateri lama cam kecik je.
Musyarraf says
Assalam. Nak tanya, charger telefon yang disambung pada pencucuh rokok adakah mempengaruhi cepat habisnya atau ternyah cas nye bateri. Sebab bateri kereta isteri mudah cepat rosak baterinya. Beli yang mahal, yang murah. 6 hingga 8 bulan dah kong. Basah dan kering sama juga situasi.. buat pemeriksaan pendawaian, tiada kebocoran.. tak pernah lupa tutup lampu.. cuma sering charge telefon.. jenis kereta, myvi SE 2012
YgCubaMembantu says
Adalah dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pnggunaan cas telefon/gadget/elektronik dgn menggunakan tempat pencucuh rokok tu..dsebabkan kemungkinan voltage yg dihasilkan tidak sama sekaligus akn membuatkan fius terbakar/jangka hayat bateri fon/gadget/elektronik tidak lama @ cip pd papan litar mudah terbakar/rosak..sebaiknya gunakan pengecas kereta yg mampu utk cut off voltage @ pengecas yg ada bacaan voltage....alternator bertindak seperti pengecas kpd bateri kereta..sekiranya carbon drpd alternator tersebut habis,boleh menjadi salah satu sebab bateri tidak dpt dicas dgn sempurna..selain itu, pemasangan aksesori tambahan yg melibatkan sistem pendawaian @ penggunaan bateri juga turut mempengaruhi jangka hayat bateri kereta anda..hal ini kerana sekiranya voltage yg digunakan melebihi dari kapasiti yg sepatutnya,kmungkinan besr jentera anda bakal menghadapi masalah sistem pendawaian dan sekaligus menyebabkan bateri kereta anda cepat kong..
mat says
bateri kereta boleh cas berapa kali ye....
sebelum ni pnh cas sekali..
hari ni start kete..lemah..
boleh cas lagi x...
pali pali says
Bateri sel kering boleh tambah air bateri tak?sebab rasa macam susah nk start.bateri dah hampor 1 tahun.
ABG GYL says
tak boleh. waranti bateri kebiasaannya setahun
Baharum says
Salam tuan,
Bateri kereta jenis sel kering boleh di cas ke?
Tq
AO says
Boleh kalau cas masih kuat
Sherra says
kalau bateri weak sebab lupa tutup lampu, lepas jumper bateri tu masih boleh pakai lagi tak?
ABG GYL says
boleh kalau bateri masih kuat
Acap says
Bateri basah baru beli dari kedai . Tapi nampak ada kesan basah dekat bahagian atas bateri. Sudah lap pastu ada kesan basah lagi. Apa punca nya? Tq
AO says
Tutup ketat penutup
jai says
Saya pakai honda city...saya tukar bateri dalam keadaan kereta mati...adakah ECU kereta saya akan berubah...kene reset semula ke ECU kereta saya??
AO says
Kalau tak ada apa perubahan tak perlu reset
Madz says
Salam.nk tau beteri y digunakn OK lg or mcm mne ea.
ABG GYL says
Boleh semak power atau pergi ke mana-mana kedai bateri untuk check. Kebiasaanya jangka hayat bateri adalah sekitar 1-3 tahun, bergantung kepada jenama bateri dan cara penggunaan.
fazila says
nk tanya kalau kedudukan bateri kereta myvi 143 cca. bateri perlu tukar tak
Jmj says
Nk tanya bateri kereta proton waja saya baru tukar tp jarang pakai sbb ada kereta lain.skrg kereta waja tu tk blh start blum sampai sebulan. Adakah cara lain untuk mnghidupknnya selain tolak atau jumper start?
ABG GYL says
Untuk kes tuan, kami syorkan buka terminal bateri jika tidak merancang manu menggunakan kereta berkenaan bagi tempoh masa lama. Buat masa ini, untuk hidupkan, tuan perlu jumper (dengan cara betul) atau bawa bateri ke kedai bateri berdekatan untuk recharge.
Adam says
Asalamwalaikum tuan,
Nk tanya lh .kalu buka cable 1 untk bateri kereta adakah cas bateri blh habis ?
ABG GYL says
Maaf, kami kurang jelas dengan soalan anda.
Shamz says
1) Ya, cas boleh habis. Berapa lama? Tergantung kepada sais bateri dan suhu. Semakin tinggi suhu, semakin cepat bateri akan kehilangan cas. Jenis bateri juga mempunyai kadar kehilangan cas yang berbeza bergantung kepada meterial yang digunakan (Antimony/ Kalsium/ Silver)
2)Kebiasaannya tujuan membuka 1 cable (Negatif) bagi mengurangkan kehilangan cas ketika kenderaan tidak digunakan. "Parasitic Load" iaitu arus yang dibekalkan pada accessory kenderaan seperti Jam, Radio, Alarm, ECU dan sebagainya akan menyebabkan bateri lebih cepat kehilangan cas.
Nota: Semua jenis bateri akan kehilangan cas secara semula jadi walaupun tidak digunakan.
Harap dapat membantu.
ABG GYL says
POWER !!!
usop says
saya ada beli battery Hitachi NS60.kedai kata warranty 3 tahun tapi baru 5 bulan rasa dh 5 kali battery kong walau kereta tak dihidupkan dalam tempoh kurang 1 minggu. Sebelum ini dgn guna battery lama masalah ini tak terjadi. Adakah bermaksud battery yg dibeli punya masalah. Bagaimana nk tahu bila battery dibeli tidak elok atau dh expired?
ABG GYL says
Kalau macam tu hantar kedai untuk tukar atau claim baru.
Ilaj says
Kereta saya baru tukar bateri lima bulan tukar kereta tetiba tak bileh start kereta. Nasib boleh hidup setelah buat jumper ngan bateri lain... Ke ada sebab lain
AO says
Kadang-kadang kita tak perasan terpasang lampu dalam kabin. Itupun boleh jadi punca bateri kong.
Muhammad Elliz Azroy says
Kereta sy tahun 2008..klu sy cabut terminal bateri tu dlm 2 mggu..ley x..sy mahu pndapat tnteng bateri..sbb nk cuti sekolah kn..
ABG GYL says
Boleh. Tak ada masalah. Tanggal sebelah sudah memadai
eron says
halou admin,,nissan navara np300 VL 2.5 auto, lampu led dekat pangkal stering tak mati2 dan bunyi open close alarm pelik tak seperti biasa..saya terbaca dalam blog, untuk mengubah seperti normal, wayar negatif ditanggalkan dalam 30saat dan pasang balik..betulkah begitu?
AO says
Boleh cuba. Atau mungkin problem alternator. Check kat bengkel
Shah says
Batery saya jenis sel basah dah 1thun 4bulan sy pki..sy kerap lupa tutup ekon dn radio..tiba2 kereta xdpt d hidupkan..adakah batery perlu d cas semula atau beli y baru
ABG GYL says
Kebiasaanya jangka hayat bateri adalah setahun dan ke atas. Jika pandai jaga, boleh pergi sampai 3 tahun. Pandangan kami, boleh ditukar. TQ
kai says
nak tanye,klau skrg kereta pakai bateri kering,boleh tak tukar ke bateri basah?
ABG GYL says
Boleh tak ada masalah
Kumalasari says
Assalamualaikum
Saya nak Tanya Ada 1 Hari tu Saya tersalah letak posisi bateri tapi Enjin boleh start...bila Saya tutup bonet depan kereta..bonet tu Tak tutup kemas.. maksud Saya Tak rapat sgt...Saya start Enjin dalam 5 minit tu Saya nampak asap keluar Kat bonet kereta...Saya tutup enjin...bila besok Saya nak start Enjin dah Tak boleh start...ayah Saya ckp Saya slh taruk posisi bateri dia betulkan... Tapi bila nak start keta dah xboleh start...bateri Baru beli 3 bulan...Saya pakai bateri kering...nak kena jumper Baru boleh start..kereta kembara auto
AO says
Check kedai bateri sebab waranti masih ada
bryan says
nak tanya . perodua myvi asal park sehari bateri mesti weak . dah cas semula bateri . dah check bateri ok takde masalah . altenator pun dah chck pun ok juga . tapi yg hairan tu bateri weak baru sehari parking tak jalan . kereta takde pasang apa2 benda audio sytem apa semua takde boleh pula weak . mohon pencerahan yg arif
Ramli says
Kereta wira saya pun parking satu jam dah xleh start....jadi sekarang bila parking saya cabut 1 cable...
AO says
Ada masalah eletrikal tu. Mungkin kereta ada buat wiring tambahan yang sebabkan masalah baattery drain
GoN says
Saya biarkan lampu headlights menyala 2 malam..skrang kereta xboleh start battery kong..saya perlu jumpstart je ke or nk kene tukar baru battery??
AO says
Kena bawa kedai bateri pergi recharge
mad d says
saya nk tya apa kh saiz bateri yg sesuai utk kereta yg berkuasa 2000 cc
AO says
Setiap model tak sama jenis bateri. Rujuk bateri asal atau buku manual
Jason yew says
Bro... Kalau battery baru yang tak pasang lagi, biasa blh tahan bape tahun
Muhd Farif says
bateri kereta sy Axia dh kong . sy dh tukar yg baru tanpa hidupkan enjin kerana tiada kabel jumpstart. apakah kesan terhadap kereta tersebut kerana sy perasan timing enjin macam rendah sikit. adakah perlu sy refer ke perodua atau biarkan saja. kerana mengikut perodua timing dah lock tak boleh adjust. minta penjelasan.
thx
AO says
Setakat tukar bateri, sepatutnya tiada masalah
Azlan says
Ada orang kata kalau battery terletak dekat engine, elok gunakan battery basah...betul ke ?
Kalau guna maintenance free boleh ke , untuk gantikan battery basah yang datang bersama toyota fortuner saya semasa beli..
Terima kasih
AO says
Boleh je bateri kering
Swanitsme says
Salam..
Masa servis kereta , level bateri menunjukkan cuma 50% sahaja.. Berapa lama boleh tahan atau perlu di tukar serta merta?
arif says
hello boss sya punye bateri baru beli 2 bln apsal tiba tiba x bleh start kereta ehh mohon penjelasan
AO says
Periksa di bengkel. Mungkin bukan sebab bateri
Pretrorians says
Bateri no maintenance boleh je tambah air cuma disebabkan di seal tu yg ssh utk dibuka... Klau dah expired warranty tu boleh la cuba2 kopek elok2 yg diseal tu... Lps tu cek air..... Klau dah nmpak nk kering tu boleh la tambah air bateri...
Dir says
Berapa tahun jangkahayat bateri baru boleh disimpan
Swanitsme says
Semasa servis kereta, saya di maklumkan yg level batery cuma 50% saja. Adakah bateri perlu diganti segera atau berapa lama ia boleh bertahan?
AO says
Boleh cas semula
Caro says
Bateri kete sy cepat Kong xdampai setahun kenapa ea....artenator sy cek ok...cuma Ade org bateri ckp wayar bateri longgar...2 pon boleh bust bateri kong ke
AO says
Kebanyakan pengeluar bateri akan bagi waranti setahun untuk bateri kereta. Ada sampai setahun setengah. Kalau bateri kong sebelum tarikh tu boleh claim baru.
Ramlan says
Bolehkan kereta yg jenis bateri ns40 untuk menggunakan bateri ns60?tq
Yuzie says
Kereta vios 2017 sy bateri kong..hari tu jumper hidup tp bila dah mati x blh hidup sendiri(perlu bantuan jumper). Sementara nak tgu beli bateri..kereta x start dlm 4hari..sekarang sy dah beli bateri tp pintu kereta x boleh buka..mcmana ye..mohon bantuan..
Mat says
Saya tak tanggalkan kunci kereta selama 1 hari.tapi kunci dalam keadaan off..boleh tak jadi bateri bermasalah?
Airul says
Bolehkan estima saya pakai bateri besar dari ns70...cthnya ns70
Serai says
Alternator sudah tukar batery pun sudah tukar baru tapi masalah tetap sama?? Parking malam esk pagi nak start dh tak boleh batery kong.. apa punca sebenarnya...
Jonh labu says
Nk tanya..ble bli bteri at kedai bteri mst kdg2 dia tny nk yg 9plate ke brpe plate? Mkin byk plate mkin naik skit hrge. Nk tny ap funsgi bateri plate tu n klebihan pd pguna. Adkah lg bgus amik byk plate? Mne yg rekomen? Jwb please
victor says
Perlu bantuan, Alternator ok, starter ok..bateri baru guna 2 minggu..tapi selepas 2 minggu bateri mulai tidak masuk cas..apa masalahnya ya..
Tapi bila jumper hidup plak..
aminuddin says
Ada pengecas bateri kereta jenis SOUER menyatakan bateri boleh dicas tanpa bateri dikeluarkan dari kenderaan. Apakah maksudnya boleh dicas sedangkan kebal positif dan negatif tidak ditanggalkan dari kepala bateri?
ceq says
saya nak beli jumper..berapa amp yg sesuai..klu beli yg 2000 amp sesuai x untuk kereta sedan persona biasa?
Nazarudin says
Assalam admin..mohon bantuan pertanyaan.. sy tak tahu bateri ada level air bateri..jadi sy cek air bateri, sy igtkan air bateri kurang..sy isi air bateri smpai penuh terus..lebih dari takat level dia.. so, ada effect tak dekat bateri tu ya? Mohon jawapan yg arif.. terima kasih..
Abang GYL says
Kalau boleh buang sikit ikut level
BokkKuBossMuJua says
Kalau saya haus, boleh tak nak minum sikit air bateri tu bossku??
Azman says
Saya gna kereta wira..mslah skrg kereta jarang naik...kadang semgu bru start runing enjin tpi bila semgu nk start beteri kong kna jumper bru idup apa punca jd mcm ni ye??beteri alternator baru...
johnton says
Salam tuan.....bateri EFB start stop boleh masuk ke kereta lama ke? Contoh bateri kereta aruz ke kereta kelisa....tq
Chen says
Salam nak tanya kalau kereta axia e basic manual..ditinggalkan di negeri lain sbb sy terkandas masa pkp ni...boleh saya tahu apa kesan pada bateri kalau kita tinggal lebih sebulan dgn jenis kereta manual ni ya? Dan apa sy perlu buat memandangkan pkp masih diteruskan?
Luna says
Asalamualaikum ..sy nk tanya mcmna ye nk buka pintu kereta yg bateri weak.. guna kunci alarm pun xboleh..kunci utama xblh..kunci pendua pn xboleh buka jgk..macamna ye cara yg blh buka pntu kereta tu..?
Abang GYL says
Sepatutnya kunci manual boleh
Yuyu says
Salam. Kalau nak tukar bateri kereta kena pergi proton servis ke boleh pergi mana2 kedai yanh jual bateri?
Abang GYL says
Mana-mana yang ada jual pun boleh
Ahmad says
Antar servis keta honda city katanyer batery ada 49percent..maseh kah boleh saya guna batery tur atau perlu dtukar segera
AO says
Masih boleh guna. Cuba cas untuk panjangkan hayat bateri. Boleh tukar kalau dah drop bawa 40%
izzat says
kalau battery disimpan dan dibiar lama tak pakai boleh ada effect pada battery tu ke? battery jenis sel kering. sebab saya ada beli battery extra untuk preparation just in case kalau battery yg sedang digunakan sekarang ada masalah then boleh just tukar battery yg baru.
Zulkefli says
Dlm mood menunggu dgn aircond terpsang tanpa mghidupkn ejin kereta adakah ia akn memberi kesan sampingan selain dari segi jangkahayat bateri tersebuut
Nil says
hii..sy mengunakan kereta Nissan serena 2020 baru beli..jadi sy akan tinggal kan kereta selama 13 hari tanpa di hidupkan engin dan tanpa cabut beteri.jadi sy nak bertanya bagaimana cara nak tinggalkan kereta selama 13 hari supaya beteri tak kong/lemah.
Rahman says
Battery sel basah boleh cas ke
Azhar says
Saya nk tanya ,bateri sy sel kering...sy cas menggunakan charger bateri ..klu guna mod repair sambil letak multimeter pd terminal bateri volt menunjukkan 6.++v...adakah bateri tu dah xblh masuk cas?
Hazlin says
Salam,bateri satria neo adalah DIN55R. Tetapi penggendali bateri kereta saya salah bawa size. Ditukar kepada DIN55L pada bulan 2/2020. Sekarang 8/2020 kereta saya dah taknboleh start. Jumper baru boleh start. Adakah bateri tersebut tidak sesuai atau tidak ikut spesifikasi bateri sepatutnya yg menyebabkan bateri saya lemah dengan cepat?
Muhammad hasrul bin Halim says
Hi.tumpang tanya.sy memiliki kereta Nissan navara d40.masalah sekarang bateri sy tengok keluar air ikut tudung tambah air tu,dan sy cek voltage 14.2/13.8 bila on ekon ms drive..sbb apa ya air tembak keluar blk.ada yg ckp alternator dah xok.overcas.sy tkt akan ganggu ECU Keta..boleh bg pencerahan kalau sy tukar bateri lain akan selesaikan masalah atau tak?
Faizal jack says
Saya memiliki kereta Proton pesona. Batteri baru, altenator ok, cable terminal ok dan dipasang kemas tapi masih flat batteri ada idea tentang hal ini
Awang Muhammad Nasib says
Bolehkan guna bateri lebih besar kuasa Dari biasa
AO says
Tak boleh
OV says
Assalam.
Saya mempunyai kereta Audi A4 B6, semasa saya membeli, tuan dahulu telah menukae enjin dan gearbox, jika dilihat engin 1.8, tetapi gearbox asal 5speed (rujuk website), tetap yang saya dapat adalah 7speed, jadi bateri Din apakah yg sesuai dengan kereta saya.terima kasih
AO says
Ikut spec enjin baru
Syl Tan says
Nak tanya tuan.
Kerata sya sga flx mnual masalanya jika kereta sya bergerak dlm jngka msa ygnlma sdikit masa nak hidupkan kembali.agak sukar dan kadang perlu tunggu hinggga berpa minit baru bole dihidupkan semula.
Apa masalahnya jika terminal bateri terasa panas dan apa bila sejuk kereta snang dihidupkan.
Terima kasih tuan
proton says
terima kasih atas perkongsian