• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ural Motorcycles Dedah Prototaip Motosikal Sidecar EV

Ural Motorcycles Dedah Prototaip Motosikal Sidecar EV

December 5, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

852
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA Ural sinonim dengan motosikal kabin sisi atau sidecar dengan DNA yang cukup kuat diwarisi sejak era Perang Dunia Kedua (WWII). Seiring masa, jenama itu memperkenalkan model prototaip elektrik (EV) yang menggunakan bateri, kontroler dan motor daripada Zero S.

Ada dua pek bateri Zero, ZF6.5 (ringan) yang diletakkan di casis utama, dan ZF13.0 (berat), terletak di bawah pelana kabin penumpang. Bateri itu mengambil masa 13 jam untuk dicas penuh menerusi sambungan soket elektrik rumah dan boleh ditunggang sejauh 161km.

BACA >>> #GIIAS2016: Ural - Motosikal Rusia Imbau Semula Retro Perang Dunia

Penampilan jentera EV itu direka dengan mendapat bantuan kepakaran studio rekabentuk California, ICG. Jadi tidak hairan produk prototaip itu nampak seperti versi pengeluaran. ICG menghasilkan panel sisi aloi yang bergaya dan tampil dengan idea baharu, iaitu meletakkan palam pengecas di sebalik penutup tangki minyak.

BACA >>> Zero DS ZF14.4 - Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

Tidak ketinggalan, pengguna juga diberikan opsyen 3 mod tunggangan: Sport (tork maksimum), Eco (perbatuan maksimum) dan Custom (tetapan kuasa dan tork). Kuasa disalurkan menerusi motor DC berusles (brushless) Z-Force 75-7 yang menghasilkan tork hampir dua kali ganda daripada enjin 750cc pushrod twin. Seperti model petrol, prototaip EV ini juga didatangkan dengan gear undur.

Bagaimanapun, menurut Ural Motorcycles, tiada perancangan untuk mengeluarkan model EV. Prototaip tersebut dihasilkan hanya untuk kajian dan penyelidikan (R&D). Tetapi, jika ada permintaan tinggi, tidak mustahil ada peluang memasarkan jentera tersebut.

GALERI

SUMBER: MCN

Related

852
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motor sidecar, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, sidecar, Ural, Ural Motorcycles, Zero Motorcycle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev