JURI anugerah Car of the Year (COTY) Malaysia sebulat suara memilih Peugeot 3008 sebagai Kereta Terbaik 2018 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) dengan majlis penyampaian hadiah disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nasim Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George.
Selain anugerah berprestij itu, Peugeot 3008 turut memenangi dua lagi kategori, iaitu Kereta Rekabentuk Terbaik dan Crossover Kompak Terbaik 2018.
Peugeot 3008 sebelum ini juga pernah meraih pengiktirafan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama dala, anugerah Car of the Year (COTY) tahun lalu di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, dan Kereta Terbaik Ireland (ICOTY) 2018 dan banyak lagi.
Pemilihan Peugeot 3008 sebagai pemenang Kereta Terbaik 2018 memang tidak lagi perlu disangkal lagi kerana sudah terbukti dengan sekian banyak anugerah diterima model itu.
BACA >>> Selesai Pandu Uji Peugeot 3008, Inilah Perkara yang Paling Saya 'Benci' dengan SUV Ini!!!
ENJIN 1.6L TURBO
Bagi pasaran tempatan, Peugeot 3008 menampilkan dua varian: Active THP dan Allure THP. Kedua-dua varian Peugeot 3008 itu dipadukan enjin 1.6L Twin Scroll THP (Turbo High Pressure) yang berkongsi nadi sama dengan model 308 THP.
Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan Quickshift, model import (CBU) itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm, manakala pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 8.9 saat dengan kelajuan maksimum 206kmj.
Syabas Nasim Sdn Bhd atas kemenangan Peugeot 3008!
PEMENANG CAR OF THE YEAR 2018
- Kereta Aras Mula Terbaik - Perodua Myvi 1.5
- Hot-Hatch Terbaik - Volkswagen Golf 2.0 GTi (Facelift)
- Trak Pikap Terbaik - Fod Ranger 2.2 WildTrak
- Crossover Kompak Terbaik - Peugeot 3008 1.6 Active
- Crossover Saiz-Pertengahan - Mazda CX-52.2 GLS SkyActiv-D 2WD
- Crossover Premium - Mercedes-Benz GLC 200
- MPV Terbaik (bawah RM200,000) - Kia Grand Carnival 2.2D SX
- MPV Terbaik (atas RM200,000) - Toyota Alphard 3.5
- SUV Aras Mula Terbaik - Subaru XV 2.0i-P AWD
- SUV Saiz Pertengahan Terbaik - Mitsubishi Outlander 2.4 4WD
- SUV Saiz Pertengahan Premium Terbaik - Volvo XC60 T8 Inscription
- SUV Premium Terbaik - Mercedes-Benz AMG GLC43
- Sedan Eksekutif - Mercedes-Benz C 200 AMG
- Sedan Eksekutif Premium - Mercedes- Benz AMG C43
- Limosin - Mercedes-Benz S 450 L AMG Line
- Kereta Terbaik 2018 - Peugeot 3008
Leave a Reply