• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beg Udara Luaran Mampu Kurangkan Impak Kemalangan Teruk Hingga 40 Peratus

Beg Udara Luaran Mampu Kurangkan Impak Kemalangan Teruk Hingga 40 Peratus

December 3, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


BEG udara luaran yang mengembung daripada sil pintu kereta mampu mengurangkan kecederaan teruk akibat kemalangan sebanyak 40 peratus, menurut syarikat pembuat alat ganti auto dari Jerman, ZF Friedrichshafen.

Beg udara luaran ZF direka untuk berfungsi seperti zon remuk tambahan jika berlaku rempuhan, dengan mengembungkan beg udara bagi melindungi sisi kereta sepantas beberapa milisaat, sekali gus menyerap daya daripada kenderaan lain dalam situasi impak sisi.

BACA >>> Yamaha Patenkan Beg Udara Skuter untuk Kurangkan Risiko Cedera

BUKAN TEKNOLOGI BAHARU


Walaupun masih dalam bentuk konsep, ZF Friedrichshafen sudah pun membangunkan beg udara luaran sejak beberapa tahun lalu, termasuk menambah sensor, kamera dan teknologi rempuhan yang disepadukan bagi mengesan sebarang potensi perlanggaran paling hampir.

Ketua Divisyen Sistem Keselamatan Pasif ZF Friedrichshafen, Dr Michael Büchsner berkata, konsep beg udara sisi luaran pra perlanggaran yang dibangunkan ZF ialah contoh terbaik tentang bagaimana syarikat itu mahu mencapai Vision Zero, iaitu dunia tanpa kemalangan dan emisi.

Beg udara luaran sebenarnya bukanlah teknologi baharu. Volvo V40 misalnya memuatkan ciri itu yang akan mengembung dari celahan atas bonet seawal 2012. Namun, ketika V40 membangunkan beg udara khas untuk menyelamatkan pejalan kaki, konsep beg udara ZF pula direka untuk menyerap impak daripada kenderaan lain.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: beg udara, Beg Udara Luaran, Beg Udara Sisi, Dr Michael Büchsner, Jerman, Teknologi Keselamatan, Teknologi Keselamatan Pasif, ZF Friedrichshafen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev