• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nasib Zarco dalam MotoGP 2019 Akan Jadi Penanda Aras Kemampuan Jentera KTM

Nasib Zarco dalam MotoGP 2019 Akan Jadi Penanda Aras Kemampuan Jentera KTM

December 3, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SAINGAN ujian masa di litar Jerez, Sepanyol baru saja berakhir hujung November lalu yang menyaksikan beberapa kejutan dengan pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami mencatatkan masa terpantas, disusuli adinda Marc Marquez (Repsol Honda) dan Maverick Vinales (Movistar Yamaha).

Namun, bagi peminat MotoGP, perhatian pasti tertumpu kepada dua entiti atau pasukan yang mewakili nama negara. Pertama Hafizh Syahrin yang kali ini mewakili pasukan satelit Red Bull KTM Tech3, dan satu lagi pasukan negara yang kali pertama menyertai MotoGP, Petronas Yamaha SRT.

Ulasan kali ini ialah tentang pasukan KTM

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Pasukan Factory dan Satelit dalam MotoGP?

Ramai bertanya tentang potensi jentera KTM RC16, terutama milik pasukan pengilang (factory), Red Bull KTM Factory Racing, ditunggang Johann Zarco yang dulu ialah rakan pasukan Hafizh ketika bersama pasukan Monster Yamaha Tech3.

ZARCO JADI KAYU UKUR KEMAMPUAN RC16


Sepanjang dua musim bersama pasukan lama, Zarco berjaya meraih lima kali petak paling depan (pole position), dan enam kali menjejak podium, pencapaian yang baik jika mengambil kira spesifikasi jentera berstatus satelit yang kurang berkuasa berbanding kekanda Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam pasukan factory Yamaha.

Pencapaian Zarco bersama KTM boleh dianggap sebagai penanda aras kepada kemampuan jentera RC16 sama ada sama tahap, lebih berkuasa atau kurang berkuasa dibandingkan jentera satelit Yamaha. Jika Zarco mampu bermesra baik dengan RC16, ada kemungkinan besar Hafizh dan rakan baharunya, Miguel Oliveira juga mampu melakukan perkara sama. Ini kerana pasukan factory dan satelit KTM menggunakan jentera spesifikasi sama - RC16, cuma berbeza pasukan mekanik.

BACA >>> Usah Keliru, KTM Tech3 Beritahu Hitam-Putih Cuma Livery Ujian, Bukan Warna Sebenar

"Bagus ada pasukan factory belakang aku. Aku dapat banyak sokongan dan ada potensi tinggi untuk buat perkara hebat. Aku sedikit kecewa sebab masa lap tak mudah dicapai. Kami perlu ubah beberapa benda pasal motor," kata Zarco.

JENTERA YANG BERBEZA

ktm-rc16-motogp
zarco-ktm-rc16

Zarco kini berubah jentera daripada enjin empat sebaris dan casis aluminium yang disokong suspensi Öhlins pada YZR-M1 kepada V4 yang disokong frem tiub keluli dan suspensi WP pada RC16.

"Ini benar-benar semangat jentera yang lain berbanding apa aku ada selepas dua tahun dalam MotoGP. Sebaik saja kami jumpa asas yang baik, aku harap dapat trek yang kering untuk mulakan pembangunan motor ni," kata Zarco.

Ya, memang bukan mudah, juara dunia 3 kali, Jorge Lorenzo sendiri mengambil masa 18 bulan untuk mengejar kejayaan bersama Ducati selepas meninggalkan Yamaha sebelum dapat memenangi tiga perlumbaan dengan GP18. Malah Lorenzo tidak pernah menaiki podium dengan jentera Ducati sekiranya dia berlumba di litar sebelah kiri.

Di Jerez, Zarco cuma mencatatkan keputusan ke-19 terpantas, di bawah rakan pasukan Pol Espargaro (ke-15), manakala Hafizh dan Oliveira daripada pasukan satelit menghuni kedudukan ketiga paling corot, iaitu 23 dan 24 daripada 25 pelumba.

BACA >>> KTM Mahu Jual 2 Jentera Lumba MotoGP - RC16, Harga RM1.19 Juta Sahaja!

Ketika ujian masa di Valencia, Zarco berkata, masalah utama dihadapi jentera KTM ketika itu ialah saat menerkam masuk ke selekoh. Dia mendakwa tidak dapat merasai cengkaman tayar ketika membaringkan jentera dan membrek.

"Apa yang kuat pada Yamaha mesti juga kuat pada motor lain kerana bila aku ikut Marc (Marquez), aku dapat tengok dia kuat ketika masuk selekoh, dan bukan hanya sebab skil, motor itu sendiri yang berikan dia peluang untuk pergi," kata Zarco.

Apapun, masa masih ada buat pasukan KTM sama ada factory dan satelit untuk menguji jentera masing-masing.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Johann Zarco, KTM, KTM RC16, MotoGP2019, Red Bull KTM Factory Racing, Red Bull KTM Tech3, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev