• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WMoto Cub Classic 110 - Kapcai Klasik Moden Jenama Tempatan Debut, RM4.6k Sahaja!

WMoto Cub Classic 110 - Kapcai Klasik Moden Jenama Tempatan Debut, RM4.6k Sahaja!

December 1, 2018 By Aryon Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holding Sdn Bhd memperkenalkan jenama motosikal tempatan baharu, WMoto (Wawasan Moto) dengan melancarkan model sulung, Cub Classic 110 bertempat di Holiday Inn Glenmarie, petang tadi. WMoto ialah jenama tempatan kedua dilancarkan MForce selepas SM Sport yang diperkenalkan pada 2017.

WMoto Cub Classic 110 ialah moped gaya kapcai yang tampil dengan rekabentuk moden klasik unik dan tersendiri, serta sudah siap berada bermula Disember ini pada harga RM4,588 sahaja. Apa yang menarik tentang kapcai cub ini?

BACA >>> SM Sport 110R Buatan Malaysia - Harga RM3,788 Seunit

ENJIN EURO 3, MESRA ALAM & JIMAT MINYAK

WMoto Cub Classic 110 dijana enjin Euro3 silinder tunggal 4-lejang 109.2cc penyejukan udara berkuasa 8.04hp @ 7,500rpm dan tork 8.0Nm @ 5,500rpm dengan transmisi klac basah multiplat rotari 4-kelajuan, yang dihidupkan secara penghidup elektrik atau tendang menerusi sistem pencucuhan CDI.

Brek mengekalkan sistem klasik, iaitu jenis dram untuk tayar depan dan belakang, manakala sistem suspensi tampil unik dengan fork terbalik (USD) berserta travel 98mm di depan, dan teleskopik dengan travel 55mm.

Saiz tayar depan ialah 70/90 17, dan belakang 80/90 17 yang kedua-duanya dariada jenis tiub. Motosikal ini cuma seberat 100kg, manakala kapasiti tangki 4 liter  motosikal ini.

REKABENTUK CUB KLASIK, MENAWAN


Apabila menyebut Cub, sudah pasti gaya kapcai klasik akan terlintas di fikiran dan itulah penampilan dimiliki Cub Classic. Memang unik dan menawan yang mampu membuatkan sesiapa saja menoleh dua kali. Warna badan kusam (matte) yang diserikan aksen krom pada rim, fork dan absorber, madgad, gelang lampu, grip hendal. cermin sisi, raga besi depan, dan ekzos sudah lebih daripada cukup untuk menyerlahkan personaliti kapcai klasik moden ini.

Pelana terpisah, lampu bulat kotak rantai  dan posisi suis lampu dan signal di kiri kanan hendal nampak sungguh retro.

GAYA KLASIK, CIRI MODEN

wmoto-cub-classic-37
wmoto-cub-classic-38
wmoto-cub-classic-25

Ini bahagian paling menarik, walaupun gayanya oldskool, Cub Classic 110 dilengkapi penghidup elektrik dan penendang kaki yang memudahkan penunggang menghidupkan enjin. Ada juga diberikan kompartment dengan soket pengecas USB di sebalik kiri fairing, begitu juga di sebalik fairing kanan, pun ada kompartment untuk mengisi barangan peribadi. Cukup untuk memuatkan telefon pintar, sarung tangan, kain lap, kotak cermin mata atau rokok atau sebotol Coke.

Tidak lupa juga cangkuk khas di tengah tengkuk bahagian dalam untuk menggantung apa saja barang, asalkan tidak lebih 0.5kg.

Lagi? Semua lampu ialah daripada jenis LED untuk lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang yang cukup terang bersinar. Pelana belakang juga mudah ditanggalkan jika mahu menunggang gaya lone ranger.

HARGA MENARIK, SIAP WARANTI

Cub Classic 110 ditawarkan dalam tiga pilihan warna kusam atau matte menarik: merah, hijau dan hitam. Jualan kini dibuka serta merta dan boleh didapati di semua kedai pengedar sah MForce pada harga jualan RM4,588 (tidak termasuk cukai jualan, SST dan insuran).

BACA >>> Mforce Bike Holdings Pengedar Baharu Benelli Di Malaysia - Bakal Lancar Beberapa Model Tahun Ini

Setiap pembelian dipakejkan waranti 2 tahun dan perbatuan 20,000km (mana satu tiba dahulu). Maklumat lanjut boleh layari laman web MForce.my.

GALERI

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MForce Bike Holdings, roda2, WMoto, WMoto Cub Classic

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev