• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / VinFast Klara Lancar di Vietnam, Skuter EV dengan Insentif Tanpa Faedah

VinFast Klara Lancar di Vietnam, Skuter EV dengan Insentif Tanpa Faedah

November 30, 2018 By Aryon Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS sebulan dilancarkan VinFast mengumumkan harga sebenar model skuter elektrik, Klara yang mana varian bateri asid plumbum dijual pada harga 25 juta đồng (RM4,507), manakala varian bateri litium-ion 39.9 juta đồng (RM7,193), meningkat 4.49 juta đồng (RM809).

Klara secara rasmi dijual di pasaran Vietnam pada 20 November lalu dengan menawarkan program insentif harga untuk pembeli awal berharga 21 juta đồng (RM3,785) untuk bateri asid-plumbum dan 35 juta đồng (RM6,309) untuk bateri litium-ion. Selepas tempoh program itu berakhir 26 November lalu, harga skuter elektrik itu kini berubah kepada harga pasaran sebenar.

BACA >>> Litar GP Baharu di Vietnam Gabungkan Trek F1 Terbaik Dunia, Termasuk Sepang

SKUTER EV TEMPATAN

Klara ialah skuter elektrik jarak sederhana pertama dikeluarkan pengeluar automotif dari Vietnam, VinFast yang menampilkan rekabentuk gaya Itali. Skuter itu mampu ditunggang sejauh 70-80km dengan kelajuan 50kmj.

Varian premium memiliki kapasiti motor 1.2kW, manakala varian satu lagi 800W dengan masa mengecas 7 jam (bateri litium-ion) dan 12 jam (bateri asid plumbum). Di pasaran Vietnam, Klara bakal bersaing dengan model petrol seperti Honda Vision atau Yamaha Janus. Namun, dengan pengenal harga terbaharu, Klara akan berentap dengan Honda Lead atau Yamaha Grande.

Yamaha Grande
Honda Lead

Harga lebih 30 juta đồng (RM5,408) agak berisiko kerana pengguna di sana akan lebih memilih Grande, Lead dan SH Mode. Jadi penting untuk bahagian pemasaran VinFast menjawab segalan persoalan pelanggan mengenai adakah berbaloi membelanjakan wang untuk memilki Klara?

Klara buat masa ini menggunakan polisi harga 'NO 3' VinFast, iaitu 'tiada susut nilai, tiada perbelanjaan kewangan dan , tiada faedah'. Seandainya polisi itu tidak digunakan, sebuah Klara akan bernilai 34 juta đồng (RM6,129) untuk bateri asid plumbum dan 57 juta đồng (RM10,276) untuk litium-ion.

BACA >>> VinFast - Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Menjelang 2019, VinFast akan melancarkan 7 lagi kenderaan elektrik (EV), dengan mensasarkan segmen berbeza di pasaran.

GALERI

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Moped, roda2, skuter, Skuter Vietnam, Vietnam, VinFast, VinFast Klara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my