• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road

Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road

November 28, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA Honda Passport agak asing didengar pengguna Malaysia kerana model crossover itu tidak dijual di negara ini. Model itu pernah berada di pasaran Amerika Syarikat (AS), tetapi sudah ditamatkan pengeluaran pada 2002, lebih 16 tahun lalu. Kini model itu mahu melakukan kemunculan semula.

Passport (2019) muncul seiring trend segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kehadiran semula model itu di AS bakal mengisi kekosongan yang ada antara CR-V (kompak) dan Pilot (saiz pertengahan).

BACA >>> #KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai

ENJIN - 3.5L AWD, 280HP

Honda Passport mempertaruhkan trenkuasa 3.5L berkuasa 280hp dan tork maksimum 354Nm. Hantaran ke roda disalurkan transmisi automatik 9-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Disebabkan Honda memposisikan model ini sebagai jentera dengan kemampuan off-road, ia dilengkapkan 3 mod pemanduan: Sand, Snow dan Mud.

REKABENTUK - PILOT VERSI MINI

HONDA PASSPORT (2019)-11
gril-bumper-honda-passport-2019

Dari segi rekabentuk luaran, Passport (2019) lebih mirip kepada Pilot versi mini, atau CR-V yang dibesarkan. Lampu utama LED diletakkan bersama lampu siang (DRL) LED di atas yang dipisahkan kemasan gril hitam yang melintang sepanjang gril.

BACA >>> Honda CR-V (2017) Terima Tempahan Luar Biasa - Varian 1.5L Turbo Paling Laku!

Passport (2019) banyak menggunakan aksen hitam untuk rupa depan berbanding krom. Bampar depan juga siap sedia dengan lampu kabus. Bahagian sisi, aura SUV ditonjolkan menerusi pelapik badan atau body cladding hitam sekitar gerbang roda, rim 5 jejari, cermin sisi dan skirt sisi yang juga hitam. Rel bumbung juga berwarna senada - hitam.

Bahagian belakang mirip Pilot, dengan bentuk lampu kompak bentuk huruf C, mengingatkan kepada rekabentuk Freed. Rel bumbung, antena sirip yu, dan juga bampar belakang siap difuser hitam disematkan bersama dual ekzos.

KABIN - HITAM MINIMALIS


Passport (2019) cukup minimalis dengan kemasan krom. Masuk ke dalam, bentangan papan pemuka kelihatan sama seperti Pilot, bermula konsol tengah dan tombol gear hingga kawalan penyaman udara, sistem infotainment dan stereng. Apa yang berbeza, tiada lagi slot cakera padat (CD), dan tiada aksen kayu digunakan.

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Tayang SUV Baharu dalam Kelambu, Tarikh Lancar Belum Tahu

Passport (2019) didatangkan dengan penyaman udara zon tripel, kerusi kulit, kerusi dengan ciri pemanas, bumbung suria, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, kerusi elektrik, dan 6 pembesar suara. Kemunculan semula model SUV Honda itu bakal bersaing dengan Nissan Murano, Chevrolet Blazer, Ford Edge, dan Hyundai Santa Fe.

GALERI

Related

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Honda, Honda CR-V (2019), Honda Malaysia, Honda Passport (2019), Honda Pilot, Honda USA, Roda4, SUV, SUV kompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev