• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Hyundai Kona di Malaysia Tahun Depan, Perkenal 2 Varian, Termasuk Turbo?

#KLIMS2018: Hyundai Kona di Malaysia Tahun Depan, Perkenal 2 Varian, Termasuk Turbo?

December 2, 2018 By Han Othman Leave a Comment

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 melabuhkan tirai, semalam. Hyundai Kona ialah antara sekian banyak model baharu yang menarik perhatian pengunjung di acara tahunan itu. Dijangka memasuki pasaran Malaysia tahun depan, kehadiran Kona pasti merancakkan lagi segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak tempatan.

Atas kertas, Kona akan berentap dengan pesaing seangkatan popular seperti Honda HR-V, Toyota CH-R dan Mazda CX3, serta jangan dilupakan Proton X70 yang akan memasuki pasaran bulan ini. Walaupun SUV pertama pengeluar nasional itu sepatutnya dikategorikan dalam segmen SUV kompak (seperti Honda CR-V, Mazda CX5, Mitsubishi ASX, Hyundai Tucson dan Kia Sportage), tetapi jangkaan harga dikatakan bakal mengacau pasaran segmen SUV subkompak bukan nasional.

BACA >>> Hyundai Kona (2018) Perkenal Ciri Teknologi Termaju dalam Kelas SUV Segmen-B

DUA VARIAN, PEMASANGAN CKD

Kami dimaklumkan Kona versi Malaysia akan didatangkan dalam 2 varian, standard dan premium, secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang berlokasi di Kulim, Kedah sekali gus memberi bayangan tentang harga kompetitif yang bakal ditawarkan kepada pembeli negara ini.

Berikut spesifikasi Kona 1.6 Turbo yang ditayangkan sepanjang KLIMS 2018 dan dikatakan versi premium yang bakal dibawa masuk ke Malaysia, tahun depan:

ENJIN: Gamma 1.6L T-GDi, pacuan roda depan (FWD)
SESARAN: 1591cc
TRANSMISI: Dual-klac (DCT) 7-kelajuan
KUASA MAKSIMUM: 175hp @ 5,500rpm
TORK MAKSIUM: 265Nm @ 1,500-4,500rpm
0-100KMJ: 7.9 saat
KELAJUAN MAKSIMUM: 205kmj
CIRI STANDARD: Paparan dongak (HUD) dengan infi navigasi, sistem bunyi premium Krell, pengecas fon wayarles, paparan audio 8 inci jenis apung, lampu siang (DRL) LED, kemasan dalaman tema hitam dengan sulaman benang kontras.
CIRI KESELAMATAN (standard): Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW), Amaran Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCW), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Amaran Jarak Parkir (PDW)
ANGGARAN HARGA: RM90,000-RM130,000

BACA >>> Rating EPA: Hyundai Kona EV (2019) Mampu Dipandu Sejauh 415km

GALERI

Related

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Hyundai Kona, Hyundai Kona 1.6 Turbo, Hyundai Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), KLIMS 2018, Pameran Motor Antarabangsa (KLIMS) 2018, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev