KATA pepatah, lain padang lain belalang. Begitu juga dengan undang-undang jalan raya di setiap negara seluruh dunia. Rasanya undang-undang negara kita tiada yang pelik, semuanya munasabah dan ada alasan konkrit mengapa ia dikuatkuasakan.
Bagaimanapun, memang wujud undang-undang jalan raya yang pelik di sesebuah negara. Kadang-kadang macam mengada-ngada pun ada. Senarai di bawah ialah beberapa perlakuan pemandu yang dianggap SALAH jika dibuat di negara tersebut. Kalau masih degil, terimalah saman!
BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang
AUSTRALIA
Membiarkan kunci pada suis penghidup tanpa berada dekat kenderaan - Mungkin banyak kecurian kat sana.
CHINA
Beri laluan kepada pejalan kaki melintas jalan - Nak tolong orang melintas, kita pula yang kena saman. Haru!
CYPRUS
Minum semasa memandu - Ini terpakai untuk semua jenis minuman, bukan arak sahaja. Itulah siapa suruh tak bungkus air ikat tepi.
DENMARK
Menghidupkan kenderaan tanpa memeriksa lampu, brek, stereng dan hon. Anda juga mesti keluar melihat sekeliling kereta bagi memastikan tiada kanak-kanak menyorok atau bermain berhampiran - Dah macam kat sekolah memandu, rajin pula polis nak meng-usya.
FINLAND
Bermain muzik dalam teksi tanpa lesen yang sesuai - Pehh... Dah macam zaman Jepun, dengar radio kena ada lesen!
PERANCIS
Tidak bawa kit uji paras alkohol - Nampak sangat orang Perancis kuat minum.
IRAN
Kuatkan radio, pemandu wanita berpakaian tidak elok atau kurang sopan, membawa binatang peliharaan - Elok juga. Kurang sikit eksiden sebab nampak makwe seksi.
ITALI
Memandu melewati zon bersejarah tanpa permit khas - Patut la cantik dan terjaga elok tempat bersejarah kat sana.
JEPUN
Melanggar lopak air atau selut hingga terkena pejalan kaki - Kalau kat Malaysia, jenuh berderet saman keluar masa musim hujan.
KOREA UTARA
Wanita menunggang basikal - Puas fikir sebab apa tak boleh? Basikal je kot!
RUSIA
Memandu kenderaan kotor - Boleh fikir buka car wash kat sana.
ARAB SAUDI
Wanita memandu - Pun jenuh fikir sebab apa tak boleh. Masih tak faham. (KEMAS KINI: sudah dibolehkan)
BACA >>> Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)
AFRIKA SELATAN
Tidak berhenti ketika pengembala beri isyarat mahu melintas dengan haiwan ternakan - Hidup pengembala!
SEPANYOL
Memandu tanpa ekstra cermin mata dalam kereta - Ingat tayar saja kena ada spare. Cermin mata pun sama!
SWITZERLAND
Cuci kereta pada Ahad - Bagus juga. Boleh jimat air atau cuci sendiri.
THAILAND
Memandu tanpa berbaju - Mungkin sebelum ini orang Siam selalu drive tak pakai baju.
TURKI
Tiada segi tiga amaran reflektif, pemadam api dan kit kecemasan dalam kereta - Ini terbaik. Kalau jadi apa-apa tak payah nak pinjam drebar sebelah.
BRITAIN
Bawa binatang berpenyakit dan mayat dalam teksi - Peh... mesti ada kes bawa mayat dalam teksi sebelum ni.
MALAYSIA
Tidak masuk lorong kecemasan ketika lalu lintas sesak, kalau tak masuk akan kena saman! - Hehehe. Ini gurau je. Hang jangan nak serius sangat!
Lyana says
Hahahakkksss... Mencuit hati. Heran juga kat Findland, Korea Utara, Sepanyol & Switzerland
Zaini Wahid says
Aku rasa, peraturan jalanraya Denmark, Australia dan Afrika Selatan antara yang terbaik, ia dapat menjamin keselamatan nyawa dan kenderaan di jalanraya.