• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Sah Lancar 12 Disember 2018, Agak-Agak Berapa Harga?

Proton X70 Sah Lancar 12 Disember 2018, Agak-Agak Berapa Harga?

November 24, 2018 By Abang GYL 3 Comments

694
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS sekian lama mengunci mulut, akhirnya model SUV Proton X70 sah akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Disember nanti. Perkara itu disahkan sendiri Proton ketika majlis pratonton umum kepada pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di MITEC.

Bagaimanapun, tiada maklumat harga didedahkan. Menurut Proton, harga jualan sebenar akan diumumkan pada acara pelancaran kelak. Proton X70 pasaran Malaysia bakal ditawarkan dalam 4 varian:

  • Standard 2WS
  • Executive 2WD
  • ExecutiveAWD
  • Premium 2WD

Aspek mekanikal menampilkan enjin 1.8L TGDi dengan bantuan transmisi automatik 6-kelajuan berkuasa 181hp dan tork 285Nm, manakala pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 10.5 saat.

Malah,  X70 turut dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT yang memberikan pemanduan lebih menyeronokkan.

70 juga didatangkan dengan 6 port USB iaitu di sisi konsol tengah (2), belakang konsol tengah (2), ruang simpanan konsol (1) dan belakang cermin pandang belakang (1). Menurut Proton, slot USB di belakang cermin pandang belakang dikhaskan untuk kamera pemuka (dashcam), jadi tiada lagi kabel berselirat dan berjuntai di depan stereo.

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton GKUI - Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

CBU CHINA

Jika anda mahu memilikinya, unit terawal  X70 ialah versi import sepenuhnya (CBU) dari China sebelum disusuli versi pemasangan tempatan (CKD) di Tanjung Malim, Perak.

Proton turut mengesahkan akan memperkenalkan enjin 1.5L Turbo pada X70 kelak. Mungkin akan dipadankan pada model CKD.

Qarna ditawarkan dalam 5 pilihan iaitu putih, perak, kelabu, merah dan coklat. Menariknya, semua varian dibekalkan 6 beg udara secara standard.

Bukan itu saja, X70 baru saja mendapat rating 5 bintang dalam Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu Asia Tenggara (Asean NCAP) yang meletakkan model itu dalam barisan tertinggi segmen SUV bagi kategori keselamatan penumpang.

Apa yang pasti, X70 bakal dilancarkan pada 12 Disember depan dan kami rasa rakyat Malaysia sudah tidak sabar menanti kehadirannya.

BACA >>> Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

GALERI
pandu uji proton x70

Related

694
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: enjin proton x70, harga proton x70, harga suv proton, KLIMS2018, Proton X70, top speed proton x70

Comments

  1. Alson says

    November 25, 2018 at 9:36 AM

    Model CBU dijangka berharga dari rm90k-varian standard.. Dan rm110k - Varian premium..
    Bagi model CKD pula berharga Dari rm85k - Varian standard Dan rm105k - Varian premium..

    Reply
    • Alson says

      November 26, 2018 at 6:44 PM

      Model CKD 1.5L pula berharga Dari rm80k - Varian standard dan rm99k - Varian premium...

      Reply
  2. Alson says

    November 25, 2018 at 9:38 AM

    Varian paling laku dijangka Varian standard 2wd dan executive awd...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my