• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #KLIMS2018: Kawasaki Ninja H2 SX ABS SE Lancar Tahun Depan

#KLIMS2018: Kawasaki Ninja H2 SX ABS SE Lancar Tahun Depan

November 24, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, Kawasaki Ninja H2 SX bakal menjengah pasaran tempatan tidak laman lagi.

Jadi buat masa ini, kepada yang mahu melihat lebih dekat, bolehlah berkunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di reruai Kawasaki Motors Malaysia (KMM). Khabarnya Ninja H2 SX ABS SE akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, tahun depan.

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

KAWASAKI H2 SX ABS SE-14
KAWASAKI H2 SX ABS SE-22
KAWASAKI H2 SX ABS SE-8

Berikut beberapa fakta ringkas tentang Ninja H2 SX ABS SE yang bakal masuk ke pasaran Malaysia tahun depan:

  • Harga anggaran sport touring ini ialah RM136,900.
  • Dilengkapi enjin bersesaran 998cc supercas berkuasa 198hp @ 11, 000rpm dan tork 137.3Nm @ 9,500rpm dengan hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi klac basah multicakera 6-kelajuan.
  • Dibina berasaskan frem trellis kekuatan tinggi dengan plat cagak swingarm, keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) 43mm dengan damper lantunan semula dan spring prabeban boleh laras. Suspensi belakang dipasangkan absorber Uni-Trak cas gas.
  • Bahagian roda dilengkapi tayar 120/70ZR17 (depan) dan 200/55ZR17 (belakang).
  • Keupayaan membrek disalurkan menerusi brek cakera 320mm dual semi apung (depan) dan cakera tunggal 250mm (belakang).
  • Dimensi memiliki panjang 2,135mm, lebar 775mm, tinggi 1,260mm dan jarak roda 1,480mm.
  • Jarak kelegaan tanah 130mm dan tinggi pelana 835mm memberikan pengendalian mudah untuk pelbagai saiz penunggang.
  • Jentera seberat 260kg memiliki saiz tangki minyak 19 liter untuk tunggangan jarak jauh.
  • Dipakejkan bersama jaminan dua tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).

BACA >>> Ninja H2 SX SE (2018) - Kenapa Superbike Jelajah Ini Begitu Istimewa?

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Motor Malaysia (KMM), Kawasaki Ninja H2, Kawasaki Ninja H2 SX SE, Kawasaki Ninja H2 SX SE ABS, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev