SIAPA kata wanita tidak pandai bawa kereta manual? Siapa kata juga kaki modify cuma minat kaum adam saja? Paparan kali ini kami mengetengahkan model Honda Civic FC2 Type R milik Diya Soffy yang katanya mula terjebak dalam hobi ini melalui suaminya.
Honda FD2 Type R yang digunakan untuk urusan seharian itu tidak dibiarkan standard. Bahagian nadi K20A dipasang dengan beberapa peralatan seperti termostat Spoon, rel minyak Golden Eagle, penapis udara FD2R GroupM, cam pulley Toda, radiator Koyorad serta pelindung ECU, penutup kotak fius dan radiator gentian karbon.
BACA >>> #BikinKereta: Honda Civic EK3 yang Kupinang dan Kutimang
Tidak ketinggalan turut terlihat palam pencucuh kuning Spoon bersama penutup radiator, minyak dan peredam yang juga daripada Spoon. Gas karbon dari dalam enjin ditolak keluar melalui header Toda yang diikat bersama sistem paip ekzos J’s Racing.
Kuasa enjin disalurkan ke roda menerusi kotak gear dengan klac OS Giken Master. Unit ECU Hondata Flashpro pula menguruskan keseluruhan sistem enjin supaya dapat ditala dan dapat berfungsi lebih teratur. Keselesaan pemanduan seharian dibantu sistem absorber boleh laras Öhlins.
Selain itu, sedan itu turut dipasangkan kamber boleh laras Hardrace di belakang. Kuasa hentikan iserahkan kepada kaliper brek, Brembo 6-pot yang dipasangkan kemas di belakang.
KEKALKAN KEASLIAN
Masuk ke kabin, tiada perubahan drastik dilakukan. Hanya terlihat beberapa perkakasan tambahan seperti cermin Spoon, tombol gear J’s racing dan deretan meter Defi Advance CR Na (suhu air, minyak, tekanan minyak, Defi advance ZD). Supaya kelihatan menarik di jalan raya, Diya memilih beberapa aksesori kit badan.
BACA >>> Pecah Rekod Lagi, Honda Civic Type R Catat Masa Terpantas di Spa-Francorchamps!
Begitu setia dengan jenama Spoon, segala komponen aksesori aftermarket itu boleh dilihat pada bampar depan, bonet gentian karbon, cermin sisi, but belakang gentian karbon dan juga spoiler GT Wing. Fender sisi diuat khas daripada bahan gentian karbon, khusus untuk jentera ini.
Melengkapkan penampilan ialah rim 18 inci TC105N dengan balutan tayar Bridgestone Potenza RE71R. Akhir sekali, warna dan dekal luar direka sama seperti Spoon sebenar.
SPESIFIKASI
HONDA CIVIC FD2 TYPE R
MODIFIKASI ENJIN: Termostat Spoon, rel minyak Golden Eagle, penapis udara FD2R GroupM, cam pulley Toda, radiator Koyorad, gentian karbon (ECU, penutup kotak fius, penutup radiator), Spoon yellow head cover (original), Spoon yellow kevlar penutup palam pencucuh, penutup radiator Spoon, penutup minyak Spoon, damper Spoon, header toda, sistem paip J’s Racing
TRANSMISI: Klac OS Giken Street Master
SUSPENSI: Ohlins boleh laras/coilover, chamber boleh laras belakang Hardrace
SISTEM BREK: Brembo 6-pot
DALAMAN: Stereng FD2R, kerusi FD2R, cermin Spoon, tombol gear Js racing, Defi Advance CR pakej Na, suhu, air, suhu minyak, tekanan minyak Defi advance ZD
LUARAN: Bampar depan Spoon, hud gentian karbon Spoon, cermin sisi Spoon, bonet belakang Spoon gentian karbon, spoiler Spoon GT, fender gentian karbon
RODA & TAYAR: TC105N 18-inci 8.5jj 45et, tayar Bridgestone Potenza RE71R
Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy
Leave a Reply