• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Motors Malaysia Lancar Z400 di KLIMS 2018?

Kawasaki Motors Malaysia Lancar Z400 di KLIMS 2018?

November 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KAWASAKI mendedahkan model streetfighter Z400 di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, baru-baru ini. Nampaknya Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk melihat jentera itu. Kenapa kami kata begitu? Ini kerana Kawasaki Motor Malaysia (KMM) baru saja hantar jemputan pelancaran model baharu itu, 23 November (Jumaat) ini sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Namun, tidak dinyatakan model apakah bakal dilancarkan. Tetapi andaian kami semakin kukuh berdasarkan status Facebook KMM bertarikh 7 November lalu - 'The latest addition to Kawasaki’s Z Series, the Z400 was designed to be a real Supernaked machine. Coming soon.' (Tambahan terkini Kawasaki Z Series, Z40 direka untuk jadi jentera supernaked sebenar. Akan datang).

BACA >>> Kod Nama Bocor, Streetfighter Kawasaki Z400, Z250 Baharu Bakal Lancar Tahun Depan?

11 FAKTA PANTAS

Jadi, sudah terang lagi bersuluh, kemungkinan besar model yang bakal dilancarkan itu ialah Kawasaki Z400. Wow, nampaknya Malaysia tidak perlu menunggu lama menantikan kehadiran streetfighter itu. Sebelum itu, jom kita baca dulu 11 fakta pantas tentang Kawasaki Z400 (2019):

1. Kawasaki melakukan transformasi enjin Ninja 400 kepada casis naked. Enjin 399cc parallel twin menghasilkan kuasa 43.4hp @ 9,900rpm dan tork 33.4Nm @ 8,250rpm dengan transmisi 6-kelajuan dan klac sliper.

2. Z400 menggunakan frem trellis keluli untuk pengendalian lebih ringan dan kekuatan optimum.

3. Masih mempertahankan DNA supersport, jarak roda Z400 lebih pendek 1369mm dan pusat graviti tengah lebih rendah untuk pengendalian lebih tajam. 

4. Berat 167kg dicapai menerusi pengurangan berat badan, bukan saja enjin dan frem, tetapi juga rekabentuk pelana lebih ramping, termasuk roda dan pemanasan.

BACA >>> Kawasaki Bakal Perkenal Ninja Paling Bongsu Hujung Tahun Ini

5. Tugas suspensi disokong fork 41mm (depan) dan absorber prabeban 5 tetapan boleh laras (belakang). Z400 memiliki travel 4.7 inci (depan) dan 5.1 inci (belakang).

6. Z400 (2019) dipasangkan brek cakera 310mm (depan) dengan kaliper Nissin 2-piston dan brek cakera 220mm (belakang) dengan kaliper 2-piston. ABS Nissin didatangkan standard.

7. Rim 17-inci ialah input rekabentuk pasukan Kawasaki World Superbike yang dipadankan tayar bersaiz   110/70 (depan) dan 150/60 (belakang).

8. Bagi memenuhi pilihan penunggang yang pelbagai, Z400 menawarkan ergonomik tunggangan sedikit menegak. Posisi bar hendal lebar, manakala peg kaki aluminium diletak sedikit ke depan berbanding sportbike seperti Ninja ZX-6R dan ZX10-R.

BACA >>> 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)

9. Kokpit Z400 meminjam rekabentuk Z650 dengan indikator posisi gear bersama paparan takometer analog saiz besar dan paparan instrumen LCD.

10. Lampu depan dan belakang bercirikan LED sebagai standard.

11. Z400 ABS ditawarkan dalam 2 pilihan warna: Candy Lime Green/ Metallic Spark Black (hijau/ hitam) dan Candy Cardinal Red/ Metallic Flat Spark Black (merah/ hitam).

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EICMA 2018, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia (KMM), kawasaki z400, KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Pamera Motor Milan (EICMA) 2018, roda2, streetfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev