• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Forza 300 Buat Debut Malaysia di KLIMS Khamis Ini?

Honda Forza 300 Buat Debut Malaysia di KLIMS Khamis Ini?

November 19, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 akan membuka pintu Khamis ini. Kepada peminat automotif Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelbagai jentera menarik membabitkan model-model konsep, sedia ada dan baharu.

Kepada peminat roda dua pula, pasaran Malaysia bakal dimeriahkan dengan kehadiran skuter maksi Honda Forza. Sebelum ini kami ada memaklumkan kedatangan Forza terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab.

Terkini, kami menerima berita Boon Siew Honda (BSH) bakal mendedahkan Forza, 22 November ini di KLIMS 2018. Nampaknya, isu hak cipta sebelum ini sudahpun diselesaikan dan Forza dapat berlabuh ke pasaran tempatan sebelum pembukaan tirai 2019.

Sumber mengesahkan pengguna tempatan akan menerima model import (CBU) Forza 300 spesifikasi tinggi seperti versi Thailand. Harga masih belum diketahui. Jadi sama-samalah kita nantikan kemunculan skuter itu, Khamis ini.

BACA >>> #BIMS2018: Honda Forza 300 Jengah Pasaran Thailand, Harga ฿169,000 (RM21k)

Forza 300 dijana enjin 279cc yang mampu menghasilkan kuasa 25hp @ 7,000rpm dan tork 27.2Nm @ 5,750rpm, manakala hantaran kuasa kepada roda belakang disalurkan transmisi V-belt. Forza 300 versi Thailand didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk kedua-dua roda yang dibalut tayar Pirelli 120/70 R15 di depan dan 140/70 R14 (belakang).

2018-Honda-Forza-vi
2018-Honda-Forza-iv
2018-Honda-Forza-v

Imej mewah Forza 300 diserlahkan menerusi ciri lampu depan LED, termasuk signal dan belakang. Tidak ketinggalan visor angin boleh laras elektrik. Saiz ruang simpanan besar mampu mengisi dua helmet separuh muka dan turut disertakan soket pengecas dan pemegang botol.

BACA >>> Honda Forza 300 (2018) untuk Eropah - Skuter Pertama Honda Ada Kawalan Traksi (TRC)

Untuk maklumat lanjut, nantikan laporan dari kami pada KLIMS 2018 nanti! Tunggu....

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Boon Siew Honda (BSH), Honda Forza, Honda Forza 300, KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), roda2, skuter, skuter maksi, skuter maxi

Comments

  1. Yusman Darham says

    November 26, 2018 at 6:34 AM

    I'm very Interested on this Honda Forza model.
    When can we have this model on the road?
    How about the price?

    Reply
  2. Kerul says

    February 9, 2019 at 12:37 AM

    Bawa masuk forza 300...aduh..masuk 250cc dah ler senang tak perlu buat lesen baru...
    Mesti lagi ramai rakyat malaysia beli

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev