• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Arch KRGT-1 - Cruiser Kustom Gaya Amerika Ilham Aktor Hollywood

Arch KRGT-1 - Cruiser Kustom Gaya Amerika Ilham Aktor Hollywood

November 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MODEL Arch Motorcycles dibangunkan khas mengikut ergonomik penunggang iaitu: peg kaki dibawa ke depan, gaya cruiser atau peg kaki dengan posisi tengah. Dikeluarkan di kilang California, Amerika Syarikat (AS), Arch KRGT-1 ialah hasil buah fikiran aktor Hollywood, Keanu Reeves dan pakar kustom motosikal, Gard Hollinger.

Menurut Reeves, kali pertama menunggang salah satu motosikal itu, dia langsung terpukau dan tidak pernah merasai keselesaan sesempurna jentera tersebut.

BACA >>> Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?

Model KRGT-1, yang pertama dibangunkan, dijual pada harga  £89,500 (RM481,453). Arch ialah pengeluar motosikal kapasiti kecil dengan setiap jentera bermula daripada material aluminium mentah 540kg yang dipecahkan kepada komponen badan KRGT-1.

ARCH MOTROCYCLE KRGT-15
ARCH MOTROCYCLE KRGT-110
ARCH MOTROCYCLE KRGT-12

Apabila semua selesai, tiga bulan kemudian terhasillah jentera dengan berat sekitar 50kg. Proses tempahan dilakukan secara atas talian dan berakhir dengan panggilan video ke kilang Los Angeles untuk memuktamadkan butiran pesanan. Lebih 200 komponen direka dan dibuat secara dalaman.

Enjin KRGT-1 bersesaran 2,032cc V-twin daripada S&S dan digabungkan dengan kotak gear 6-kelajuan. Arch Motorcycles memilih bekerjasama dengan S&S kerana enjin dihasilkan menawarkan daya tork, deruman  dan ketahanan terbaik untuk trenkuasa.

BACA >>> Bukan Lagi Cruiser Amerika Tipikal, Indian Motorcycle Perkenal FTR 1200

Bahagian casis dipadukan frem keluli dengan swingarm aluminium. Komponen mewah lain termasuk sistem suspensi Öhlins, brek ISR dan rim karbon BST. Pembeli boleh menempah secara online di ArchMotorcycles.co.uk.

VIDEO

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Arch KRGT-1, Arch Motorcycle, Gard Hollinger, Keanu Reeves, KRGT-1, Kruiser, motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev