• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Squire Lancar Padlok Paling Kuat di Dunia, Selebar Tapak Tangan, Seberat 4.3kg!

Squire Lancar Padlok Paling Kuat di Dunia, Selebar Tapak Tangan, Seberat 4.3kg!

November 17, 2018 By Aryon 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHUKAN perlindungan terbaik untuk motosikal anda di rumah atau tempat kerja? Padlok atau kunci mangga ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Dengan berat mencecah 4.3kg, produk ini dikatakan padlok paling kuat di dunia. Wow!

Dihasilkan pengeluar kunci legenda Britain, Squire, padlok SS100 baharu ini memiliki lebar 100mm (3.9 inci), dua kali ganda saiz model lama, SS50 yang memang cukup terkenal dengan perlindungan terbaik. Malah padlok baharu ini lebih besar daripada SS65 (65mm) dan SS80 (80mm, terbaru), dan nampak betul-betul besar gedabak.

BACA >>> Kunci Motor GPS Tawar Tambahan Sekuriti Baharu Buat Penunggang

Padlok baharu ini memiliki rekabentuk cangkuk (shackle) rapat, dengan besi boron (jenis besi ultra-kuat) yang hampir mustahil dipotong. Malah, alat pencanai gerudi (grinder) sudut pun akan berputus asa mahu memotong padlok ini kerana memerlukan banyak bateri (melainkan ada soket elektrik di sebelah motor) dan beberapa mata pisau untuk memutuskannya.

Saiz model lama, SS80 (80mm=3.1 inci)

Menurut Squire, grinder sudut kodles moden berkuasa tinggi pun perlu mengambil masa lebih kurang 20-30 minit untuk memotong padlok ini.

SS100 ialah padlok paling atas dalam barisan Squire Motolok baharu, dan dipasangkan dengan rantai aloi diperkuat 22mm sepanjang 1.5 meter. Nampak semacam sangat berat untuk diusung atas motor, jadi kegunaan padlok dan rantai ini dikhaskan untuk parkir di rumah atau tempat kerja.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

Produk baharu Squire itu kini dipamerkan di Pameran NEC, England. Mungkin ada tukang kunci Malaysia berminat menjual produk ikonik ini. Kalau berminat tapi susah pula mahu cari, mungkin boleh dapatkan secara atas talian nanti.

SUMBER: VisorDown

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori, kunci motosikal, Padlok, Padlok Squire, Pameran NEC, Rantai Kunci, Squire, Squire SS100

Comments

  1. amir says

    November 19, 2018 at 8:01 AM

    kalau hilang kunci ni mau angkat motor baru

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my