• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?

November 15, 2018 By Han Othman 1 Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA boleh gunakan multimeter (atau voltmeter) untuk menguji tahap kesihatan bateri kereta. Ada dua jenis multimeter boleh dibeli: analog dan digital. Saranan kami ialah belilah jenis digital kerana lebih mudah dibaca, tetapi tidak salah pun kalau mahu gunakan multimeter jenis analog.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

Berikut kami tunjukkan langkah demi langkah  cara menguji bateri kereta menggunakan multimeter:

  • Pertama, setkan multimeter kepada voltan 20 DC (arus terus). Lihat video di bawah.
  • Sentuhkan terminal bateri negatif (hitam) dengan jarum multimeter negatif (hitam).
  • Sentuhkan terminal bateri positif (merah) dengan jarum multimeter positif (merah).
  • Minta rakan nyalakan lampu utama untuk memberikan beban kuasa ke atas bateri.
  • Periksa bacaan multimeter. Pada suhu sekitar 26.6ºC, jika:
    •  Bacaan 12.5v ke atas bermakna bateri sihat, atau memiliki cas yang baik.
    • Bacaan kira-kira 12.3v bermakna kuasa bateri 75 peratus dicas.
    • Bacaan kira-kira 11.8v atau lebih rendah bermakna kuasa bateri ialah 25 peratus atau kurang dicas.
  • Jika dapat bacaan rendah, lakukan cas perlahan (guna pengecas khas) ke atas bateri untuk menambah baik reaksi kimia bateri dan ulang semula ujian. Jika bacaan tidak tinggi, anda perlu menukar bateri.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Elak Bateri Kereta 'Kong' Tiba-Tiba?

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Bateri, Bateri Kenderaan, bateri kereta, Multimeter, Roda4, Uji Bateri Kereta, Voltmeter

Comments

  1. proton says

    July 16, 2023 at 12:36 AM

    terima kasih atas perkongsian

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my