• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Polis Dubai Berlatih Bawa Motor Terbang, Bakal Jadi Kenderaan Peninjau 2020

Polis Dubai Berlatih Bawa Motor Terbang, Bakal Jadi Kenderaan Peninjau 2020

November 14, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

117.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA impian melihat kenderaan terbang bakal jadi kenyataan. Menariknya, jentera terbang itu (lebih tepat lagi, motor terbang) bakal digunakan sebagai pengangkutan peninjau polis menjelang 2020. Di Dubai, khabarnya polis di bandar raya itu sedang menjalani kursus pengendalian hoverbike buatan syarikat California, Hoversurf.

Hoverbike S3 (2019) itu, yang seberat 114kg, boleh terbang pada kelajuan 97kmj dengan ketinggian 5 meter dari tanah. Menggunakan frem monokok gentian karbon, motor terbang itu dipadankan sistem pelepasan dan pendaratan auto dengan tetapan altitud dan pilihan kawalan  jauh.

BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

Polis Dubai berhasrat menggunakan hoverbike sebagai kenderaan respon pertama di lokasi yang sukar dijangkau menjelang 2020. Namun, masa penerbangan maksimum yang cuma bertahan 10-25 minit sedikit sebanyak mengehadkan keberkesanan tugasan.

.@USATODAY: Here's another sign that we are catching up to the future: #Dubai Police may soon be patrolling the streets with hoverbikes. The vehicles, which weigh 253 pounds, fly about 16 feet above the ground and can go 60 miles per hour. pic.twitter.com/xBb7SQpTlY

— Dubai Media Office (@DXBMediaOffice) 13 November 2018

Bateri LiNiMnCoO2 (litium nikel mangan) mampu terbang selama 2.5 jam dengan sekali cas penuh tanpa perlu menanggalkan bateri daripada motor, manakala masa penerbangan dapat bertahan hingga 40 minit dalam mod dron. Ramai mendakwa fizikal Hoverbike S3 agak berbahaya kepada penunggang dan orang awam, tetapi Pegawai Maklumat Polis Dubai, Khalid N Alrazooqi berkata, versi akhir motor terbang itu akan didatangkan dengan bilah kipas berserta cincin di sekeliling.

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Motosikal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang Perlu Anda Tahu

Jika berminat dengan Hoverbike S (2019), anda boleh memilikinya pada harga AS$150,000 (RM63,0510). Polis kita minat tak?

SUMBER: MCN

Related

117.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Dubai, dubai police hoverbike, hoverbike, Hoverbike S3 2019, Motor Terbang, motosikal, motosikal terbang, Polis Dubai, roda2

Comments

  1. Joy says

    December 29, 2019 at 9:30 AM

    Tanda koma pada harga versi RM perlu disemak.. USD 150k tapi RM jadi RM63k aje..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev