BERITA tergempar, kenderaan yang tidak didaftarkan di Pulau Pinang mungkin dikenakan caj masuk ke negeri tersebut dalam usaha menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam.
Idea tersebut dicadangkan ADUN Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee yang menurutnya dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan masuk ke Pulau Pinang. Menurutnya seperti dipetik Sinar Harian, ada lebih sejuta kenderaan membanjiri negeri tersebut berbanding sedekad lalu yang cuma 300,000 kenderaan sahaja.
BACA >>> #Bajet2019: Tiada Lagi Tol Motosikal Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Laluan Kedua Johor!
"Dengan cadangan ini, ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di negeri ini, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.
"Kita nak gerakkan manusia, bukan kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi," katanya.
Kenyataan Jason itu dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang, tadi. Katanya lagi, jika Kerajaan Negeri mahu menggerakkan manusia, kemudahan pengangkutan awam perlu dipertingkatkan.
KOMEN KAMI
Sebenarnya jika masuk ke Pulau Pinang (menyeberang ke pulau) menerusi Jambatan Pulau Pinang (jambatan pertama), memang sudah sedia dikenalkan tol, iaitu sebanyak RM7 (masuk sahaja), dan RM8.50 di Jambatan Sultan Abdul Halim (jambatan kedua). Sebelum itu pengguna juga perlu membayar tol di kawasan Seberang Perai sekiranya menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sama ada dari arah selatan atau utara di daerah tersebut.
BACA >>> #Bajet2019: Kenaikan Tol Lebuh Raya dalam Bandar Dibekukan - Bila Nak Mansuh?
Jadi, ini bermakna ada caj berganda dikenakan, iaitu caj akses jalan raya (jambatan dan tol PLUS), dan satu lagi ialah caj masuk negeri seperti dicadangkan. Cuma masih tidak jelas sama ada caj itu dikhaskan untuk menyeberang pulau saja, atau turut melibatkan kemasukan kenderaan ke seluruh Pulau Pinang (darat dan pulau).
Apapun harap bersabar kerana masih peringkat cadangan. Sebut sekali lagi, baru cadangannnn...
Alson P says
Jika matlamat mengurangkan kesesakan, memang patut tol jambatan p.pinang dinaikkan sehingga 150%-160%.. Manakala tol masuk pusat bandar Penang perlu diperkenalkan.. Kenaikan mestilah drastik, kerana kenaikan kecil tidak memberikesan kepada pengurangan kenderaan... Hasil tol masuk pusat bandar boleh menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam percuma di seluruh pulau...
lolsomany says
lebih baik sahaja membuat had kenderaan setiap jam, lagi mudah dan tidak menyusahkan rakyat