• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Dedah Nama MPV VF11, Model Pengganti Exora Menjelang 2020?

Geely Dedah Nama MPV VF11, Model Pengganti Exora Menjelang 2020?

November 12, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY memperkenalkan Jia Ji sebagai model kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu untuk pasaran China dan MPV dengan kod nama VF11 itu juga khabarnya akan dieksport ke pasaran luar negara. Sebelum ini, kami berpeluang melihat model konsep MPV tersebut pada Pameran Motor Shanghai 2017 dan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Geely.

Menariknya, kehadiran Geely Jia Ji menjadi petanda kehadiran pengganti Exora untuk pasaran Malaysia. Ini seiring pemberian lesen harta intelek Geely kepada Proton bermula X70, SUV segmen-B, Geely SX11 Bin Yue dan MPV Jia Ji ini. Rupa depan kenderaan famili itu diserlahkan menerusi gril signatur Geely dan dipadankan lampu LED yang mirip paten model sedan Bin Rui dan Bo Rui.

GEELY JIAJI-5
GEELY JIAJI-4
GEELY JIAJI-6

Bahagian sisi, pilar-D terapung dikemaskan dengan semburan krom atas dan bawah yang memberikan penampilan elegan, manakala lampu belakang LED memberikan visual 3D.  Penampilan model ini dilengkapkan dengan rim 18 inci 5 jejari.

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Proton Exora Baharu, Sumpah Tak Cari Lain

Jia Ji memiliki dimensi penjang 4,706mm, lebar 1,909mm, tinggi 1,664mm dan jarak roda 2,805mm. Sebagai perbandingan, Jiaji lebih panjang 114mm berbanding Exora. Geely menawarkan dua pilihan trenkuasa: petrol dan hibrid plug-in (PHV). Enjin 1.5L turbo daripada Volvo itu mampu menghasilkan kuasa 177hp.

BACA >>> Geely Hasilkan Platform Sendiri untuk Kenderaan Segmen-B, Model SUV Jadi Perintis

Versi PHV turut menggunakan enjin sama, tetapi disokong motor elektrik dengan rekod ekonomi bahan api sekitar 58.2km per liter. Khabarnya Jiaji bakal dilancarkan di China hujung tahun ini dan dieksport ke pasaran luar, termasuk menjadi model rebadge Exora menjelang 2020 nanti.

Menarik?

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely, Geely Jiaji, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, MPV Jiaji, MPV VF11, Proton, proton exora

Comments

  1. Tiger Yam says

    June 19, 2019 at 10:17 AM

    by now, mesti ramai yg rasa patutnya lama dah proton jual ke geely. byk improvement since Geely took over . Well done.

    Reply
    • wapalewheels says

      October 10, 2019 at 8:53 AM

      Thanks to DS Najib Razak for accepting Geely as Proton shareholder. Tun M should appoint him as PM5 long before. 😉

      Reply
  2. Abdul halim abdul samad says

    August 23, 2019 at 12:47 PM

    Agak mahal laa...kalau harganya jika nak dibandingkan dengan Aruzz perodua.....kalau keluran msia sendiri boleh dikurangkan setanding Aruzz.....akan mendapat sambutan rakyat malaysia bersama.....

    Reply
  3. Abdul Rahim Awang says

    December 13, 2019 at 10:46 AM

    Aircond cam tak boleh lawan exora je

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev