• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / RAV4 (2019) Jadi SUV Hibrid Toyota Pertama di Australia, di Pasaran Tahun Depan

RAV4 (2019) Jadi SUV Hibrid Toyota Pertama di Australia, di Pasaran Tahun Depan

November 11, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA mengesahkan spesifikasi enjin RAV4 (2019) serba baharu menjelang ketibaan rasmi kenderaan utiliti sukan (SUV) itu ke pasaran Australia pada suku kedua tahun depan.

RAV4 (2019) baharu itu akan menjadi satu-satunya SUV hibrid pertama Toyota menampilkan sistem pacuan semua roda (AWD) elektrik baharu yang memberikan traksi maksimum dan kecekapan bahan api terbaik. Pada masa sama, sistem AWD mekanikal juga ditawarkan, walaupun tidak secekap versi elektrik.

BACA >>> Toyota RAV4 (2019) Bakal Perkenal Enjin Petrol dan Hibrid

RAV4 (2019) generasi kelima itu akan ditawarkan dalam 3 varian enjin 4-silinder baharu:

  • 2.0L petrol dengan sistem pacuan roda depan (FWD)
  • 2.5L petrol dengan AWD mekanikal
  • 2.5L hibrid dengan AWD elektrik atau FWD

Pembeli boleh memilih versi bukan hibrid 2.5L berkuasa 203hp dan tork 243Nm, yang memiliki 15.2 peratus lebih kuasa dan 4.3 peratus lebih tork berbanding enjin 2.5L biasa. Ini termasuk menggunakan transmisi baharu jenis automatik 8-kelajuan, dengan gear pertama rendah untuk prestasi mula gerak dipertingkat.

Enjin baharu 2.0L pula berkuasa 170hp dan tork 203Nm, serta ditawarkan dalam pilihan transmisi variabel berterusan (CVT) dan manual 6-kelajuan dengan kawalan suai-rev (rev-matching).

Bagi hibrid pula, kombinasi enjin 2.5L petrol dengan motor elektrik, menjana output 207hp. Bergantung kepada kondisi pemanduan, lebih 80 peratus tork yang ada dapat dihantar ke roda belakang menerusi sistem AWD elektrik, yang lebih kompak dan ringan berbanding komponen mekanikal.

SELESA DAN MEWAH


Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley berkata, RAV4 (2019) serba baharu bakal menawarkan tarikan lebih hebat kepada mereka yang mencari kenderaan yang selesa dan mewah sama ada untuk pengangkuran harian atau berseronok hujung minggu.

Trenpacu baharu menghasilkan prestasi dan ketangkasan mengagumkan, sekali gus memberikan persepsi baharu hibrid dengan keupayaan AWD elektrik yang mampu membuatkan pemandu seronok. Bateri yang diletakkan di bawah kerusi belakang pula membolehkah kedua-dua varian, petrol dan hibrid, memiliki ruang kargo sama luas.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hibrid, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Sean Hanley, SUV, SUV Hibrid, Toyota Australia, Toyota RAV4, Toyota RAV4 (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my