• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2018: Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019) - Naked Buas dengan Suspensi Dipertingkat

#EICMA2018: Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019) - Naked Buas dengan Suspensi Dipertingkat

November 10, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


TUONO V4 1100 FACTORY
ialah taruhan Aprilia untuk barisan model naked, yang banyak meminjam DNA RSV4 dengan kelajuan dan dinamik sebuah superbike.

Sempena menyambut musim 2019, Aprilia menghadiahkan versi Factory untuk Tuono dengan apa yang didakwa pengeluar itu sebagai sistem suspensi elektronik paling efisien dan termaju pernah dihasilkan. Dibangunkan Öhlins, fork NIX dan absorber TTX membolehkan penunggang menggunakan tetapan manual atau semi-aktif, bersama 3 mod tunggangan: Track, Sport dan Road.

BACA >>> Aprilia RSV4 1100 Factory (2019) - RSV4 yang Paling Laju, Ringan dan Berkuasa, 217hp!

Dalam mod semi-aktif, sistem akan memantau jentera secara berterusan, menyesuaikan tetapan mengikut cara motosikal ditunggang dan mod yang dipilih. Dalam mod manual, suspensi akan berubah kepada tetapan pra-program, tetapi dilakuakn tanpa pemantauan dan pelarasan berterusan.

Berikut ialah ciri Aprilia Tuono V4 1100 Factory:

Aprilia-Tuono-V4-1100-Factory-15
Aprilia-Tuono-V4-1100-Factory-4
Aprilia-Tuono-V4-1100-Factory-14
  • ATC: Aprilia Traction Control, boleh laras ketika menunggang (tanpa perlu melepaskan terotel) kepada 8 tetapan. Terima kasih kepada joystick praktikal, termasuk logik operasi prestasi yang tepat dan tinggi
  • AWC: Aprilia Wheelie Control, sistem kawalan wheelie yang boleh dilaraskan kepada 3 tahap, memiliki strategi operasi yang sangat tepat. Kawalan wheelie boleh boleh dilaras ketika beraksi tanpa menutup terotel, seperti ATC. Terima kasih kepada blok elektrik sisi kiri praktikal.
  • ALC: Aprilia Launch Control, untuk kegunaan atas trek sahaja, dengan 3 tetapan. Menggunakan strategi operasi yang sangat berkesan.
  • AQS: Aprilia Quick Shift, kotak gear elektronik yang membolehkan anjakan dibuat tanpa menutup terotel dan tanpa guna klac. Juga dilengkapi fungsi anjak bawah bagi membenarkan gear direndahkan tanpa klac. Ciri anjakan turun terotel terbuka ini ialah eksklusif.
  • APL: Aprilia Pit Limiter, sistem ini membantu penunggang memilih dan mengehadkan kelajuan maksimum mengikut halaju di lorong pit ketika di trek. Juga boleh diset mengikut halaju jalanan.
    ACC: Aprilia Cruise Control. Ini trip jauh yang begitu selesa kerana penunggang boleh mengekalkan kelajuan ditetapkan tanpa menyentuh tol.

Dengan kuasa 175hp dan kelajuan maksimum 282kmj, Aprilia membekalkan jentera ini dengan kaliper monoblok Brembo M50 spesifikasi tinggi dan brek cakera apung 330mm dengan ABS belokan boleh laras, disediakan Bosch.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia V4 Tuono V4 1100 Factory, EICMA 2018, naked bike, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev