• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2018: Italjet Dragster (2019) - Skuter Frem Trellis dengan Gaya Ilham Sportbike

#EICMA2018: Italjet Dragster (2019) - Skuter Frem Trellis dengan Gaya Ilham Sportbike

November 9, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JALAN raya Itali 2019 bakal meriah dengan kehadiran pelbagai motosikal pelik dan unik. Didedahkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, skuter Italjet Dragster tampil seakan mahu mengejar Kawasaki Ninja H2 dengan penampilan serba futuristik.

Mungkin prestasi Dragster (2019) ini tidaklah sehebat penampilan radikal dimiliki, tetapi apa yang pasti, ramai mata pasti akan memandang. Dengan rekaan bersudut tajam di sana sini, frem trellis dan wajah agresif, skuter ini nyata dirombak sepenuhnya berbanding versi terdahulu.

BACA >>> Italjet Buccaneer 250i - Enjin V-Twin 250cc, Harga RM15,500 Sahaja!

Enggan lagi terbawa-bawa dengan nostalgia lama seperti Vespa, Italjet serius mahu melihat masa depan dengan menghasilkan rekabentuk tersendiri yang boleh dikatakan antara terbaik dan terpelik pernah dibikin di planet Bumi setakat ini.

DUA VARIAN, 200CC DAN 125CC

Apapun, faktanya ia masih sebuah model skuter standard yang dijana enjin 200cc dan 125cc. Walaupun beza kapasiti enjin cuma dibezakan harga €300 (RM1,423), ada alasan kecil kenapa memilih model 125cc, iaitu kekangan lesen untuk penunggang baharu.

Dragster (2019) versi 200cc pula mampu menjana kuasa 20hp, manakala 125 (15hp). Kedua-dua enjin menggunakan sistem penyejukan cecair dan klac sentrifugal kering automatik dengan transmisi variabel berterusan (CVT). Dua model itu juga didatangkan dengan spring boleh laras, brek cakera terpaut (dengan ABS untuk 200), dan tayar 120/70 12 (depan) dan 150/70 13 (belakang). Berat jentera pula ialah 108kg untuk 125 dan 112kg (200)

Berbanding jenama Itali lain, Italjet ialah pengeluar motosikal kurang dikenali dunia. Namun, pengeluar itu memang terkenal dalam menghasilkan motosikal dengan rekabentuk unik. Dragster (2019) baharu itu nampak seperti mendapat sentuhan Ducati dan mungkin dapat menarik minat pembeli yang sukakan skuter berilhamkan gaya sportbike.

GALERi

SUMBER: RideApart

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2018, Italjet, Italjet Dragster (2019), Moped, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, roda2, skuter, Trellis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev