• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2018: Piaggio Kemas Kini Skuter Tiga Roda MP3 300 HPE, Sport

#EICMA2018: Piaggio Kemas Kini Skuter Tiga Roda MP3 300 HPE, Sport

November 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA acara Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, Piaggio memperkenalkan dua model tiga roda MP3, iaitu MP3 300 HPE versi kemas kini dan HPE Sport baharu. Menurut pengeluar motosikal Itali itu, skuter baharu itu kini lebih lincah dan kompak berbanding skuter maksi di pasaran.

Dikuasakan enjin 4 injap silinder tunggal 300cc, penyejukan cecair, skuter ini mampu menghasilkan kuasa 24.3hp @ 7750rpm, meningkat 16 peratus kuasa berbanding model terdahulu dengan tambahan tork 9 peratus menjadi 24.5Nm @ 6, 500rpm.

BACA >>> Piaggio Perkenal Gita - Robot Beg yang Boleh Gerak Sendiri

Padanan transmisi CVT memberikan tunggangan lancar dalam bandar, manakala keseluruhan enjin dikawal unit kawalan elektronik Magneti Marelli ECU.

GAYA PIAGGIO BAHARU

MP3 300 menerima imej baharu, iaitu lampu siang (DRL) LED dan visor pengadang angin berwarna. Madgad sporty menerima warna sama dengan badan dengan rim 5 jejari hitam di depan. Lampu parkir dan brek LED binaan dalam berbentuk tirus melengkapkan penampilan moden.

BACA >>> Vespa GTS Super 300 yang Mantap Bergaya Kini di Malaysia! Harga RM28k Sahaja

MP3 300 menjanjikan keselesaan dan praktikaliti tunggangan menerusi dwi pelana yang dipisahkan antara penunggang dan pembonceng. Pelana dilengkapi sokongan lumbar untuk keselesaan tunggangan jarak jauh. Bahagian penunggang juga rendah, direka khas untuk memudahkan kaki memijak jalan. Peg kaki pembonceng boleh dilipat apabila tidak digunakan.

Di bawah pelana, ruang simpanan mampu memuatkan 2 helmet open face. Tugas menyimpan juga mudah dengan mekanisme spring-beban yang membolehkan pelana kekal terbuka selagi tidak ditutup penunggang. Selain itu, ruang simpanan kecil juga disediakan atas kluster instrumen yang lengkap dengan sambungan USB untuk mengecas telefon pintar.

BACA >>> #EICMA2018: Italjet Dragster (2019) - Skuter Frem Trellis dengan Gaya Ilham Sportbike

MP3 300 HPE SPORT YANG LEBIH SPORTY

Penampilan Piaggio MP3 300 HPE Sport lebih menyerlah menerusi padanan spring merah pada absorber dengan trim merah pada rim hitam kusam. Warna badan dikemaskan dengan putih pastel, kelabu pastel atau hitam, manakala brek cakera daripada jenis berlekuk di depan. Kemasan lantai kaki aluminium diberikan sebagai standard.

SUMBER: MCN

Related

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2018, Pamera Motor Milan (EICMA) 2018, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, Piaggio, Piaggio MP3 300hpe, Piaggio MP3 300hpe Sport, skuter, skuter maxi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev