• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Honda Civic EG8 'LHD' yang Merah Mak Ngah

#BikinKereta: Honda Civic EG8 'LHD' yang Merah Mak Ngah

November 8, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

275
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKALI pandang Honda Civic ini nampak sama seperto kereta bikin lain di Malaysia. Tetapi, jangan mudah tertipu kerana Civic EG8 yang satu ini memang berbeza. Ini bukan model kereta pemanduan kanan (RHD), tetapi kerusi pemandu terletak sebelah kiri, ini kereta Left Hand Drive.

Dipadankan transmisi manual bukan mudah buat kita yang sudah biasa dengan posisi memandu sambil letak siku kanan ke tingkap kereta. Ibarat kata pujangga mat saleh, 'practice makes perfect'. Jadi, itu bukan masalah besar buat si tuan kereta kerana dia  mahu tak mahu dia kena juga memandu kereta berstereng sebelah kiri itu.

UBAH SUAI ENJIN TIDAK KETERLALUAN

HONDA CIVIC EG8-6
HONDA CIVIC EG8-8
HONDA CIVIC EG8-5

Bahagian trenkuasa dibiarkan sederhana tanpa sebarang modifikasi besar. Enjin B16B sentuhan MZTuned itu dipasangkan unit terotel badan S90 untuk aliran udara lebih sempurna memasuki kebuk intake, manakala petrol dari tangki utama dihantar melalui regulator minyak Sard.

BACA >>> Honda Civic Si Coupe, Versi 2 Pintu yang Menawan Tetapi....

Gas karbon hasil pembakaran dalaman enjin ditolak keluar melalui ekstraktor Hi Tec terus ke bahagian mufler J's Racing. Kuasa terhasil dipadukan mantap menerusi padanan ECU Hondata dengan kotak gear S4C dilengkapi pacuan akhir 4.7 dan klac Ogura Super Single.

Keselesaan pemanduan harian disempurnakan menerusi suspensi boleh laras Tein Flex HLSH, manakala keyakinan membrek diserahkan kepada pad brek Bendix Metal King.

BADAN MERAH MENYALA


Padanan badan merah menyala bukan saja memberikan imej garang, tetapi juga macho. Lebih-lebih lagi Selepas dipadankan dengan bonet depan dan spoiler J's Racing, lip depan Mugen, lampu depan/signal USDM, lampu kabus EG9, lampu belakang Sonar EG9 dan lower arm lengkap Function 7.

Melangkah masuk ke kabin, pemilik memilih pelbagai aksesori aftermarket  seperti stereng Mugen, kerusi bucket karbon Kevlar Konic, kerusi penumpang sebelah Recaro EK9 yang dipasangkan bersama tali keledar Takata. Bahagian papan pemuka terhidang meter voltan dan suhu air Apexi RSM.

Bagi memastikan keseluruhan casis badan jentera lebih seimbang, kabin dipasang k-bar dan bar tengah kustom. Hasilnya memang ngam!

BACA >>> Honda Civic ES 1.7 Shin Rara - Sama Cantik, Sama Padan!!!

SPESIFIKASI

Honda Civic EG8

MODIFIKASI ENJIN: Aliran udara kustom, terotel badan S90, regulator minyak Sard, kabel plag 9mm, ekstraktor Hi-Tech, mufler J's Racing
TRANSMISI: G.Box S4C final 4.7, klac Ogura Super Single
ELEKTRONIK: ECU Ralliart, RSM, Defi 6-beradik
SUSPENSI: Tein Flex HLSH body shift + pillow ball
SISTEM BREK: Asal
DALAMAN: Stereng Mugen, Konic Carbon Kevlar (pemandu), kerusi Recaro EK9 (penumpang), volt/suhu air kustom, Apexi RSM, tali keledar Takata, karpet EG9
LUARAN: Huda/spoiler J's Racing, lip depan Mugen, lip Universal, lampu depan USDM, signal USDM, lampu kabus EG9, lampu belakang sonar EG9, lower arm Function 7
RODA & TAYAR: Rim TE37 Magnesium Blue Thailand, tayar Toyo Proxes R888

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI

Related

275
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Honda, Honda Civic, Honda Civic EG8, Modifikasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev