• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Malaysia Panggil Balik 23,133 Unit Model untuk Baik Pulih Kerosakan

Mitsubishi Malaysia Panggil Balik 23,133 Unit Model untuk Baik Pulih Kerosakan

November 7, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia melancarkan Kempen Baik Pulih melibatkan 5 model iaitu Outlander, ASX, Lancer, Lancer Sportback dan Lancer Evo melibatkan 23,133 unit kenderaan.

Pemilik yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat dan keseluruhan kos baik pulih akan ditanggung MMM sepenuhnya. Pemilik digesa menetapkan janji temu di pusat servis MMM sah untuk menggantikan komponen rosak.

BACA >>> Mitsubishi Panggil Balik 5,000 Unit ASX, Outlander dan Lancer - Masalah Relay ECU

Berikut ialah model Mitsubishi yang dipanggil balik dan kerosakan komponen yang terlibat:

1. BREK PARKIR BELAKANG

  • Outlander (2016)
  • ASX (2013, 2015, 2017)

Penutup Brek Parkir Belakang Tidak Kemas

Susulan proses menampal tidak kemas pada brek parkir, risiko air masuk ialah tinggi dan boleh menyebabkan aci berkarat. Jika tidak diperbaiki, karat akan mengakis dalaman kaliper dan menyebabkan brek parkir kurang cengkaman.

2. SENDI BEBOLAH SAMBUNGAN WIPER

  • ASX (2011-2013)

Struktur kalis air tidak kemas pada nisbah dek depan 

Jika air jatuh melalui bahagian belakang dek depan, penghubung sendi bebola wiper boleh mengalami kelembapan berlebihan dan mengakis.

3. PENEGANG ENJIN AUTO

  • ASX (2011-2012)
  • Lancer (2008-2012)
  • Lancer Sportback (2011-2012)

Ketahanan kekuatan yang tidak cukup untuk penegang auto

Rekaan yang tidak betul pada penegang auto menyebabkan daya rintangan gelungsur meningkat dari semasa ke semasa. Ini boleh menyebabkan kerosakan di kawasan bebibir tegangan auto jika enjin beroperasi pada kelajuan tinggi.

4. PROGRAM SEMULA PERISIAN

  • ASC ECU Outlander (2017)

Perisian yang tidak betul pada ASC ECU Outlander

Penggunaan perisian ASC ECU yang tidak tepat boleh menyebabkan bunyi bising elektrik terhasil apabila pam motor diaktifkan. Ini menyebabkan operasi IC tidak betul dan mengakibatkan ECU terset semula. Fungsi unit hidraulik turut terganggu dan memberi kesan kepada kestabilan pemanduan kenderaan.

5. GANTI SEMULA KACA BUMBUNG SURIA

  • Lancer EVO (2009)

Kemerosotan bahan resin boleh mengakibatkan penurunan kekuatan pelekat.

Bergantung kepada kelembapan suhu dan cuaca, kekuatan pelekat bingkai luar kaca bumbung suria mungkin jadi lemah kerana bahan resin. Jika kereta masih digunakan, ada kemungkinan kaca bumbung suria tertanggal daripada frem luar.

6. INFLATOR BEG UDARA

  • Lancer (2004-2007)

Kerosakan bahan dorong (propelan) boleh menyebabkan tekanan dalaman berlebihan

Jika kenderaan  terdedah pada kelembapan tinggi untuk jangka masa panjang, propelan; PSAN (fasa-nitrat amonium stabil) boleh merosot dan menyebabkan tekanan dalaman berlebihan. Badan inflator beg udara sisi penumpang boleh pecah ketika situasi operasi beg udara normal.

Related

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kempen Panggil Balik Mitsubishi, Mitsubishi, Mitsubishi ASX, Mitsubishi Lancer, Mitsubishi Lancer Evolution, Mitsubishi Lancer Sportback, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Outlander

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev