• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2018: Arc Vector - Motosikal Elektrik Paling Canggih dari UK Ini Bernilai RM490k!

#EICMA2018: Arc Vector - Motosikal Elektrik Paling Canggih dari UK Ini Bernilai RM490k!

November 8, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK motosikal menggiurkan ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 di Itali, melibatkan pelbagai pengeluar terkemuka Eropah dan Asia. EICMA turut menjadi platform kepada pengeluar baharu untuk melancarkan produk masing-masing.

Misalnya jenama Arc ini diasaskan Mark Truman dan berpangkalan di Conventry, Britain. Arc ialah singkatan kepada Electricity, Architecture dan Structural. Jenama itu baru saja melancarkan model sulung, Vector yang menjadi motosikal paling canggih di pasaran masa kini.

BACA >>> Evoke Uji Bateri Baharu untuk Motosikal Elektrik, Boleh Cas Penuh Sepantas 15 Minit

Rekabentuk Vector direka futuristik dengan pengaruh café racer klasik. Jentera ini memang laju, berkeupayaan memecut 0-100kmj sepantas 3.1 saat dengan kelajuan maksimum 193kmj. Satu lagi keunikan motosikal ini ialah teknologi antaramuka manusia dan mesin (HMI) yang menggabungkan jaket pintar dan helmet.

arc-vector-side
jaket-arc-vector-5
helmet-arc-vector-6

Berikut ciri dan fakta menarik tentang Arc Vector:

  • Teknologi HMI diletakkan pada jaket penunggang dengan sensor haptik.
  • Jaket Origin direka bersama jenama Knox mempunyai teknologi haptik ala telefon pintar dan mengeluarkan fungsi getaran sebagai amaran kepada penunggang.
  • Jaket ini ada 3 mod: mod Urban berfungsi sebagai amaran titik buta dengan menggetarkan jaket pada bahagian bahu.
  • Mod Sport memberi reaksi terhadap prestasi dan had motosikal. Contohnya, lebih kuat motosikal dibrek, lagi kuat reaksi diterima.
  • Mod Europhic pula memainkan muzik melalui fungsi haptik dan berkomunikasi dengan helmet Zenith secara wayarles.
  • Helmet  dengan paparan dongak (HUD) diilhamkan daripada helmet juruterbang pesawat pejuang.
  • Helmet Zenith dibangunkan bersama Hedon. HUD berfungsi memaparkan maklumat seperti spidometer, navigasi dan grafik lain ala Iron Man.
  • Struktur jentera ringan diperbuat daripada komposit karbon dengan kekuatan seperti sebuah jentera MotoGP.
  • Swingarm depan dan belakang daripada material karbon.
  • Suspensi Öhlins buatan khas.
  • Brek Brembo dan roda jenama BST.
  • Brek motosikal hanya 220kg dan menjadi motosikal elektrik dengan nisbah kuasa kepada berat terbaik dalam kelas.
  • Kuasa bateri boleh digunakan sejauh 321km untuk tunggangan dalam bandar dan 193km, lebuh raya.
  • Keupayaan pengecasan pantas dalam masa 45 minit.
  • Setiap pembelian, termasuk dengan pemasangan pengecas elektrik di lokasi pilihan peribadi.

Walaupun baharu, Vector mempunyai senarai pelabur hebat seperti InMotion Ventures (Jaguar Land Rover), Mercia Fund Managers dan Midlands Engine Investment Fund. Model ini juga tidak murah, harga satu unit Vector, berserta helmet Zenith dan jaket Origin ialah £90,000 (RM490,281)!

Arc mensasarkan menjual 399 unit Vector pada tahun pertama model itu di pasaran.

BACA >>> Model Elektrik, Harley-Davidson LiveWire (2019) Debut Tahun Depan

GALERI
Arc Vector.01
Arc Vector.02
Arc Vector.03
Arc Vector.04
Arc Vector.05
Arc Vector.06
Arc Vector.07
Arc Vector.08
Arc Vector.09
Arc Vector.10
Arc Vector.11
Arc Vector.12
Arc Vector.13
helmet-arc-vector-1
helmet-arc-vector-2
helmet-arc-vector-3
helmet-arc-vector-4
helmet-arc-vector-5
jaket-arc-vector-1
jaket-arc-vector-2
jaket-arc-vector-3
jaket-arc-vector-4

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Arc, Arc Vector, EICMA, EICMA 2018, Pameran Motosikal Milan (EICMA), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev