• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2018: Yamaha Tenere 700 (2019), Sang Advencer yang Sedia Pergi Lebih Jauh

#EICMA2018: Yamaha Tenere 700 (2019), Sang Advencer yang Sedia Pergi Lebih Jauh

November 6, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEHADIRAN Yamaha Tenere 700 dijangka menjadi motosikal advencer paling penting 2019. Ia mungkin tidak cukup berkuasa, kurang seksi dan berpenampilan kurang menarik berbanding mana-mana superbike terkini.

Namun, model ini mampu menjadi jentera serba versatil dan mudah akses dengan kemampuan jelajah ringan yang tulen selain kebolehpasaran dan ciri mampu milik ditawarkan.

Apa agaknya yang menarik tentang Yamaha Tenere 700 (2019):

Yamaha Tenere 700-4
Yamaha Tenere 700-7
Yamaha Tenere 700-3

1. Menggunakan kuasa enjin MT-07 CP2 689cc parallel-twin dengan hantaran output tork linear dan kuat serta respon terotel segera bersama pecutan mengagumkan.

2. Kehadiran tork maksimum pada 6,500rpm memberikan keseimbangan prestasi dan kawalan. Yamaha mendakwa jentera ini mampu memberikan perbatuan sejauh 350km dengan setangki penuh 16 liter.

BACA >>> #EICMA2017: 5 Motosikal Advencer Terbaik

3. Dipadankan casis ringan dan slim bersama frem tubular cradle keluli baharu menawarkan dimensi jarak roda (1,590mm), jarak kelegaan tanah (240mm) dan tinggi pelana (880mm). Bentuk badan kompak dan tangki minyak tirus menawarkan cengkaman lutut lebih baik pada sisi tangki dan keyakinan menunggang atas jalan atau off-road.

4. Tenere 700 (2019) didatangkan dengan fork terbalik (USD) dengan travel 43mm boleh laras bersama suspensi travel 210mm dan pelaras damping penuh. Suspensi belakang daripada jenis link bersama swingarm aluminium serta travel 200mm. Tetapan belakang didatangkan dengan kawalan boleh laras berserta ciri ABS yang boleh dinyahaktif.

BACA >>> #Spyshot: Honda Africa Twin (2018) Pun Sedang Jalani Ujian VTA

5. Tugas menghentikan jentera diserahkan kepada brek cakera 282mm (depan) dan 245mm (belakang) yang dipadankan tayar Pirelli Scorpion Rally STR dengan rim 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang.

6. Imej lasak didominasi menerusi 4 bahagian lampu LED di belakang visor pengadang angin tinggi yang turut memberi perlindungan kepada paparan LCD (memaparkan informasi spidometer, takometer, minyak, odomoter, trip dan lain-lain).

7. Ditawarkan dalam pilihan warna Power Black (hitam), Competition White (putih) dan Ceramic Ice. Tenere 700 (2019) akan berada di pasaran pada separuh tahun kedua 2019, tetapi harga masih belum diumumkan.

BACA >>> Yamaha PW50 (2019) Muncul Kembali untuk Pelumba Cilik

VIDEO

GALERI

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Advencer, EICMA 2018, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), motosikal advencer, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, roda2, Yamaha, Yamaha Tenere 700

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev