• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Dragster 800 RR America (2019) - Tribut Istimewa untuk S America 750

MV Agusta Dragster 800 RR America (2019) - Tribut Istimewa untuk S America 750

November 8, 2018 By Aryon Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS baru saja melancarkan model edisi khas, F4 Claudio Castiglioni Edition dan Brutale Series Oro, MV Agusta menambah satu lagi jentera edisi terhad, Dragster 800 RR America.

Tanda nama 'America' diilhamkan sempena sejarah 1975 apabila MV Agusta memohon menggunakan nama itu untuk S America 750. Ia kemudian disusuli 3 versi Brutale America. Paling terkini ialah model yang diperkenalkan tahun lalu. Kini skema warna klasik, iaitu merah, putih dan biru mula menular kepada model Dragster, hasil sentuhan pasukan di Pusat Kajian Castiglioni di San Marino.

BACA >>> MV Agusta Brutale 800 RR America (2018), Siri Edisi Terhad dengan Warna Ikonik

Tidak seperti model khas lain, Dragster 800 RR America tidak akan menerima sebarang modifikasi prestasi. Skema warna retro ilham retro itu nampak cukup hebat dengan Dragster, dengan aksen merah, putih dan biru pada tangki petrol yang digabungkan bersama logo MV Agusta, dan bintang di atasnya, sama seperti S America 750 asli (foto bawah)!


Pelana merah terang dikemaskan dengan sulaman benang emas. Paip ekzos emas dan hitam di belakang menyerlahkan kemasan yang cukup halus. Malah, roda turut membawa tema Amerika dengan hab biru, jejari merah dan rim putih. Fender depan tertera logo MV Agusta, dan dekal 'America Special Edition' menghiasi radiator dan kluster tolok, dengan nombor pengeluaran bersiri yang cuma 200 unit sahaja dihasilkan.

Tidak semua motosikal edisi khas mendapat talaan prestasi untuk meningkatkan kuasa kuda dan kelajuan maksimum, Dragster 800 RR America ialah salah satu daripada model tersebut dengan kuasa yang masih dikekalkan pada 140hp @ 12,300rpm dan tork 87Nm @ 10,100rpm daripada enjin 4 lejang 3-silinder 798cc DOHC dengan transmisi klac basah 6-kelajuan.

Pasti berbaloi untuk mereka yang cintakan Amerika!

BACA >>> MV Agusta F4 Claudio Castiglioni - Edisi Khas Terakhir untuk Superbike Tidak Sah Emisi

GALERI

SUMBER: MVAgusta

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Agusta Dragster 800 RR America, MV Agusta S America 750, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my