• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik EV di Austria Boleh Pandu Laju Tanpa Perlu Risau Kena Saman

Pemilik EV di Austria Boleh Pandu Laju Tanpa Perlu Risau Kena Saman

November 5, 2018 By Han Othman Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN mudah mahu mengajak pembeli beralih kepada kenderaan elektrik (EV). Pelbagai insentif ditawarkan seperti rebat tunai, dan pelepasan cukai, tetapi jualan EV masih tidak serancak kenderaan konvensional. Mungkin beberapa tahun lagi diperlukan sebelum ramai pembeli bersedia memiliki EV dengan rela hati.

Uniknya, Kerajaan Austria menawarkan insentif yang lebih menarik kepada pemilik EV, iaitu tambahan had laju hingga 30kmj, mengatasi kenderaan biasa lain. Ini bermakna sekiranya had laju di sesuatu kawasan ialah 100kmj, maka EV dibenarkan dipandu sehingga 130kmj tanpa perlu takut disaman.

BACA >>> Mazda Sahkan Perkenal Hibrid dan EV dengan Enjin Rotari Menjelang 2020

MEKANISME BELUM JELAS

Bagaimanapun, apakah mekanisme yang akan digunakan untuk membezakan antara EV dan kereta biasa tidak diperincikan.

Insentif itu dibuat selepas jualan EV didapati mula merosot di Austria, sama berlaku seperti negara Eropah lain. Selain disebabkan fasiliti mengecas yang masih lagi terhad, harga EV juga masih mahal dan di luar kemampuan pembeli kebanyakan.

Misalnya, Nissan Leaf versi aras mula dijual pada harga bermula £27,000 (RM146,647) di Britain, manakala Hyundai Ioniq yang paling murah cuma kurang beberapa ratus pound saja. Itupun selepas mendapat geran Kerajaan bernilai £4,500 (RM24,400).

BACA >>> Kereta Elektrik (EV) Mesti Ada Bunyi Jika Pandu Perlahan Bawah 30kmj - NHTSA

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Austria, Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kerajaan Austria, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my