• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Potong Elektrod Bumi, Adakah Beri Kesan Terhadap Palam Pencucuh?

#TahukahAnda: Potong Elektrod Bumi, Adakah Beri Kesan Terhadap Palam Pencucuh?

November 7, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

878
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA sesetengah orang sengaja mengubah suai elektrod palam pencucuh supaya dapat menghasilkan percikan api lebih besar. Caranya ialah memotong elektrod bumi supaya selari elektrod pusat.

Tujuannya ialah untuk mendapatkan api lebih bebas dan tidak dihalang elektrod. Bagaimanapun, cara itu ada risiko tersendiri kerana bentuk elektrod palam pencucuh disesuaikan mengikut keperluan, manakala cara kerja palam pencucuh untuk menghasilkan percikan api pula dipengaruhi bentuk elektrod bumi.

BACA >>> Palam Pencucuh Berganda - Mampukah Tingkat Prestasi atau Gimik Semata-Mata?

Jadi, apa berlaku jika elektrod bumi dipotong?

1. TUJUAN POTONG BAHAGIAN ELEKTROD

Modifikasi pemotongan elektrod bumi untuk mempercepatkan proses penyebaran api.

Sesuai prinsip utama teknologi palam pencucuh, iaitu meredam kesan rencatan (quenching) supaya teras api tidak cepat padam ketika proses pencucuhan. Ini kerana bentuk elektrod dapat menghalang pertambahan teras api ketika palam pencucuh bekerja. Jadi, mengubah suai elektrod bumi dibuat untuk mempercepatkan proses penghasilan api.

2. POSISI PEMOTONGAN PALAM ELEKTROD

Kaedah sering dibuat ialah memotong bahagian elektrod bumi dan dibuat sejajar elektrod pusat.

Proses pemotongan melibatkan banyak posisi, tetapi fokus utama ialah pemotongan elektrod bumi dan dibuat sejajar elektrod pusat. Ia diharapkan ketika percikan berlaku, api dihasilkan lebih bebas kerana tidak dihalang elektrod.

Menerusi penjelasan itu, dapat disimpulkan tujuan utama pemotongan ialah penghasilan api yang dapat bersentuhan langsung dengan bahan bakar dan mampatan udara tanpa halangan. Ini dapat menyekat kesan kejutan yang terjadi ke atas elektrod palam pencucuh.

BACA >>> #TahukahAnda: Perlukah Palam Pencucuh Perlumbaan untuk Motosikal Harian?

Adakah memotong bahagian elektrod bumi dapat mempengaruhi kerja palam pencucuh?

1. PECUTAN KENDERAAN AKAN TERASA MENINGKAT

Normal (kiri) dan modifikasi (kanan), manakala bentuk merah ialah percikan api yang terhasil.

Pada contoh elektrod dipotong, posisi awal terbentuk api  menuju sisi kiri hingga api jadi lebih cepat membesar. Ini memberi kesan kepada api yang membesar kerana kesan kejutan lebih sedikit diterima setiap elektrod hingga rasa pecutan kenderaan meningkat spontan.

2. TINGKAT KEHAUSAN MENJADI TIDAK RATA

Kesan kehausan yang terjadi tidak sama rata.

Disebabkan perubahan titik pembakaran, percikan elektrik turut mengalami peralihan. Ini mengakibatkan elektrod yang menerima percikan elektrik tidak fokus, sekali gus membuatkan kesan haus tidak sama rata untuk kedua-dua elektrod hingga potensi pengumpulan karbon jadi lebih cepat dan menjejaskan jangka hayat palam pencucuh.

Tambahan lain, palam pencucuh standard dibuat daripada nikel yang bermaksud lebih cepat haus berbanding bahan logam.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang Enjin Pembakaran Dalaman yang Perlu Anda Tahu

Jadi, setiap modifikasi ke atas palam pencucuh standard akan memberikan kesan positif dan negatif. Dalam kes ini, palam pencucuh akan cepat haus kerana menggunakan bahan daripada jenis nikel. Bagi mendapatkan kesan penghasilan api lebih baik, anda disarankan menggunakan palam pencucuh daripada bahan logam.

SUMBER: NaikMotor

Related

878
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Autotainment. Tahukah Anda, enjin tanpa palam pencucuh, palam pencucuh, Palam Pencucuk Perlumbaan, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev