• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jika Ikut Sesaran Enjin Bawah 1,500cc, Semua Kereta Ini Layak Dapat Subsidi Petrol

Jika Ikut Sesaran Enjin Bawah 1,500cc, Semua Kereta Ini Layak Dapat Subsidi Petrol

November 4, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN dalam pembentangan Bajet 2019, baru-baru ini, mengumumkan pemberian subsidi minyak secara bersasar untuk kenderaan berenjin 1,500cc ke bawah. Bagaimanapun, perincian mekanisme dijelaskan dalam memastikan bantuan subsidi itu sampai ke golongan yang selayaknya.

BACA >>> #Bajet2019: Subsidi Petrol RON95 30 Sen/Liter untuk Kereta Bawah 1.5L, Motosikal 125cc

Bakal dilaksanakan pada suku kedua tahun depan, pendekatan yang bakal diambil Kerajaan itu begitu penting yang tidak hanya menjadikan kapasiti enjin sebagai indikator utama. Ini kerana trend sudah berubah yang mana pengeluar automotif dunia sudah menghasilkan barisan enjin lebih kecil bagi mendapatkan penjimatan bahan api lebih baik selain pengeluaran emisi rendah.

Kereta bersesaran enjin kecil dalam era automotif moden masa kini bukan lagi untuk kenderaan mampu milik (dalam julat RM30k-RM60k) saja, tetapi juga diperkenalkan model premium hingga mewah.  Difahamkan Kerajaan juga akan mengambil kira pendapatan pemilik, usia dan kuasa kuda (hp) kereta dalam menentukan kelayakan pemberian subsidi petrol RON95 kepada orang ramai.

Sekarang, kami senaraikan model kereta bersesaran 1,500cc ke bawah di pasaran Malaysia yang layak menerima subsidi jika sekadar mengambil kira kapasiti enjin semata-mata.
Sudah terang lagi bersuluh 3 jenama terakhir (lihat foto atas) tidak layak menerima subsidi berkenaan seperti dinyatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Nampaknya banyak perkara yang perlu diperhalusi Kerajaan sepanjang empat bulan sebelum melaksanakan dasar subsidi petrol tersebut.

BACA >>> #Bajet2019:Kereta Mewah Jangan Harap Dapat Subsidi Minyak - Menteri Kewangan

Jika dilihat senarai di atas, pengguna yang membeli kenderaan pada harga lebih RM80k dengan bayaran bulanan RM800+, mereka sebenarnya termasuk dalam golongan berkemampuan dan tidak layak menerima subsidi petrol kerana tidak termasuk dalam golongan B40 (isi rumah di bawah RM4,000).

Namun, perkara itu hanya secara relatif tanpa memikirkan isi tanggungan keluarga pemilik dan kos lain. Banyak sudut yang perlu diambil kira pihak berwajib supaya mekanisma akhir yang dipilih benar-benar telus. Selepas melihat senarai kenderaan tersebut, apa pula pendapat anda?

BACA >>> Harga Petrol RON97 Naik Lagi Sepanjang November 2018

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Audi, Auto Terkini, BMW, Ford, Honda, kereta mewah, Lim guan eng, Malaysia Baharu, mazda, Menteri Kewangan, Mercedes-benz, Nissan, petrol, Petrol RON95, Roda4, Ron95, Subsidi Minyak, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev