• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Silau Pandang Baby Blue Evo VI

#BikinKereta: Silau Pandang Baby Blue Evo VI

November 2, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

 

SEBELUM ini pemilik jentera yang kami paparkan bermula sebagai seorang mekanik. Jika mahu menyenaraikan model-model kenderaan yang pernah dibaikinya sehingga esokpun tidak akan habis. Bermula dari pekerja mekanik, insan ini membuka bengkelnya sendiri yang dinamakan 199 Garage.

Hasil kepakaran yang dimiliki Bob mengubahsuai jentera Mitsubishi Evolution VI miliknya. Semburan cat biru hasil tangan Hotwheel Car Bodywork yang dipakai pada model prestasi Mitsubishi itu begitu menarik perhatian. Penampilan luaran kemudian dipasang dengan kit badan lengkap dari Evo 6.5 Tommi Mikanen yang begitu sukar didapati masa kini.

MITSUBISHI EVO VI-4
MITSUBISHI EVO VI-11
MITSUBISHI EVO VI-5

Imej itu dilengkapkan dengan diffuser Ralliart, air dam milik Evo 9, hudd depan gentian karbon jenama Monster serta fender dan bonet belakang mengunakan material gentian karbon.  Padanan rim SSR Type C asli dari Jepun bersaiz 17 inci bersama tayar Mickey Thompson Street Comp memastikan cengkaman mantap di jalan raya.

BACA>>>Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII Mengganas

Masuk ke kabin, Bob memilih kemasan pintu dari model TME dan sokongan badan sempurna diserahkan kepada kerusi Recaro dan di depannya tersedia stereng Momo. Tentunya bahagian papan pemuka dilengkapkan dengan meter Defi 6-beradik dan meter Apexi RSM untuk memantau aktiviti yang berlaku dalam enjin.

SOLEKAN BUKAN HANYA PADA LUARAN, NADI TURUT DINAIKTARAF

Bagi memastikan jentera prestasi jentera seiring dengan penampilannya, pemilik melakukan naik taraf pada bahagian enjin yang mana ruangan blok dipasang dengan set lengkap piston jenama CP berukuran 86mm bersama conrod dari Tomei. Kepala silinder melalui proses port n polish dan dilengkapi dengan aci sesondol dan spring injap dari jenama HKS 272°.

Bearing lama ditanggal kemudian digantikan dari jenama King. Proses imbangan secara keseluruhan dijalankan bagi memastikan enjin dalam keadaan baik. Kuasa bertenaga dihasilkan dari turbo milik Evo 9 25g. Penyejukkan enjin dibantu oleh radiator Koyorad yang diisi bersama ‘coolant’ Neo Synthetic.

BACA>>>Proton Wira MDM EVO III - Jangan Berani Main-Main Dengan Jentera Ini !!!

MITSUBISHI EVO VI-19
MITSUBISHI EVO VI-21
MITSUBISHI EVO VI-8

Gas karbon monoksida dari enjin dihantar keluar melalui sistem ekzos titanium yang dipasang dengan muffler dari Trust. Selain palam pencucuh Iridium NGK yang digunakan, minyak pelincir dari Motul 15W50 300V membantu melancarkan penjanaan enjin.

Janaan kuasa berkuasa itu dibantun oleh unit ECU Ralliart yang ditala semula dan penghantaran kuasa lancar dibantu oleh kotak gear LSD yang dilengkapi klac Masters 725. Keupayaan membrek masih mempertaruhkan pelapik brek dari Endless dan dipadankan bersama sistem penyerap hentak boleh laras Tein HLSH Super Street dan dibantu oleh bar Cusco di depan dan belakang.

BACA>>>Mitsubishi Bakal Perkenal Kereta Tanpa Cermin Sisi, Selamat Tinggal Titik Buta!

Tentunya resepi rahsia kepada keseluruhan prestasi yang dihasilkan taalan Leina Racing dan Slipstream.

SPESIFIKASI

MITSUBISHI EVOLUTION VI

MODIFIKASI ENJIN: Penapis udara HKS, cam HKS 272°, spring inajp HKS, piston CP 86mm, conrod Tomei, bearing King, balancing penuh, turbo Evo 9 25g, intercooler dan perpaipan HKS, radiator Koyorad, regulator minyak Works Engineering, plat penyejukan Titanium, palam pencucuh Iridium NGK, perpaipan ekzos titanium, muffler Trust, minyak enjin Motul 15W50 300V Competition, coolant Neo Synthetic
TRANSMISI:   LSD kunci penuh, klac Masters 725
ELEKTRONIK: ECU Ralliart, RSM, Defi 6-beradik
SUSPENSI & CASIS: Tein Hi Low Soft Hard Super Street, bar Cusco (depan & belakang)
SISTEM BREK: Asal, pad brek Evo 6 Endless
DALAM: Kemasan pintu Evo 6 TME, kerusi Recaro, stereng Momo
LUARAN: Kit badan Tommi Makinen, diffuser Ralliart, dam udara Evo 9 OEM, hud depan Monster CF, fender CF, bonet CF, cermin sisi Ganador, cat badan oleh Hotwheel Car Bodywork
RODA & TAYAR: Rim SSR Type C 17 inci x 9.5jj, tayar Mickey Thompson Street Comp 235/45R17

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI

 

 

Related

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Mitsubishi, Mitsubishi Evoltuion VI, Mitsubsihi Evo, Modifikasi, modifikasi ekzos aftermarket

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev