• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

#TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

October 31, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ramai masih bingung tentang penggunaan minyak pelincir motosikal, sama ada jenis mineral atau sintetik, atau kekal kepada satu jenis saja. Bagaimanapun, manual pengguna ada memaklumkan jenis minyak tertentu dan ia tindakan bijak untuk mematuhinya.

Namun, manual pengguna hanya menyediakan spesifikasi kelikatan/berat dan klasifikasi servis. Minyak sintetik ialah buatan manusia, konsisten dan tidak mengandungi bahan pencemar, manakala minyak mineral datang daripada tanah. Walaupun melalui pelbagai peringkat pemprosesan, masih ada potensi mengandungi beberapa bahan pencemar.

Minyak Pelincir Motosikal-1
Minyak Pelincir Motosikal-5

Adakah itu bermakna anda hanya perlu guna minyak sintetik? Tidak betul. Proses penapisan minyak mineral sangat teliti. Mana-mana bahan cemar akan jadi sangat kecil dan tidak mungkin menyebabkan kerosakan. Selain itu, sesetengah minyak sintetik sebenarnya menggunakan minyak mineral sebagai sebahagian formula produk itu.

BACA>>>Jangan Tahu Tuang Sahaja, Ketahui Fakta Penting Minyak Pelincir Motosikal Anda

Persoalannya bolehkah kita bertukar dari mineral kepada sintetik ataupun sebaliknya? Risiko menggantikan minyak mineral dengan sintetik ialah kebocoran sil enjin dan berlakunya deposit endapan bawah enjin. Namun, risiko itu boleh dielakkan jika proses penukaran minyak dilakukan dengan betul.

Minyak Pelincir Motosikal-3
Minyak Pelincir Motosikal-4

Pertama, pengguna perlu perhatikan tingkat kelikatan minyak tersebut, adakah sesuai seperti dicadangkan pengeluar, manakala minyak asas sintetik perlulah daripada Kumpulan III aka Group III. Kumpulan Tiga bermaksud minyak asas daripada minyak bumi yang sudah disuling  hingga diberikan label sebagai Synthetic (sintetik), bukan Fully Synthetic (sintetik penuh).

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

Sebagai tambahan, lakukan bilasan atau flushing dengan minyak pelincir yang mahu ditukar sekurang-kurangnya 100ml dan hidupkan enjin untuk beberapa waktu. Kemudian, keluarkan minyak sebelum menuang minyak pengganti mengikut rekomendasi pengeluar.

Flushing dibuat untuk mencegah berlaku endapan akibat sifat aditif berbeza dan tidak boleh bercampur daripada kedua-dua minyak pelincir.

SUMBER: NaikMotor

Related

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Minyak mineral, Minyak Pelincir, minyak pelincir motosikal, Minyak sintetik, roda2, servis, TahukahAnda

Comments

  1. Izzat says

    October 31, 2018 at 10:18 PM

    Soalan 1
    Adakah oil treatment yg dijual di kedai servis kereta boleh digunakan?
    Atau ada engine flush khas utk motor?

    Soalan 2,
    Adakah engine flush akan tinggalkan sisa baki / residu dlm enjin yg akan brcampur dgn EO yg baru

    Thanks in advance

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev