• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Periksa Tayar yang Bocor Kecil?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Periksa Tayar yang Bocor Kecil?

October 30, 2018 By Han Othman Leave a Comment

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN tidak semua pemandu peduli tentang tekanan tayar kereta yang sedang mereka pandu, tetapi kebocoran tayar ialah sesuatu yang mesti ditangani segera. Jika tayar kempis atau bocor sepenuhnya, ia berisiko bahaya ke atas keselamatan anda, termasuk pengguna jalan raya lain.

Asasnya, tekanan angin akan keluar daripada punca pancit atau bocor pada tayar. Ia mudah dikesan dan dibaiki bergantung kepada tahap kerosakan. Bagaimanapun, ada beberapa punca kebocoran tayar yang sangat kecil atau langsung tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Jadi dalam kes ini, tayar mengempis sangat perlahan dan boleh mengambil masa beberapa hari hingga menyebabkan anda hairan kenapa kereta selalu kekurangan angin.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

Mencari punca tayar bocor kecil memang cukup mencabar dan mengundang kegeraman. Bagaimanapun, mengetahui apa yang perlu dilakukan dapat membantu anda mengesan punca kebocoran tersebut dengan lebih mudah. Sekarang, kami senaraikan 3 langkah mudah mencari punca kebocoran tayar yang sukar dikesan.

1. DENGAR BUNYI DAN SENTUHAN

Jika fokus kepada deria pendengaran, anda mungkin mendengar bunyi desiran angin keluar daripada punca bocor itu. Bunyi tersebut akan kedengaran semakin kuat apabila semakin dekat dengan punca kebocoran. Sekarang cuba ingat bahagian tayar yang anda suspek mengalami kebocoran. Atau boleh tandakan bahagian itu dengan apa-apa penanda seperti pen marker.

Kemudian, pandu kereta selama beberapa minit supaya tayar jadi panas. Jika memang berlaku kebocoran, bahagian yang anda suspek tadi akan rasa lebih panas apabila disentuh berbanding bahagian tayar lain.

2. SIMBAH AIR SABUN

Tambah satu sudu sabun atau detergen dalam satu baldi, kemudian simbah campuran tersebut pada dinding sisi (sidewall) dan bunga tayar. Anda juga boleh simbahkan ke bahagian pinggir rim di sekeliling tayar. Jika ada kebocoran, bahagian permukaan tayar yang bocor akan menggelembung atau berbuih.

3. RENDAM SELURUH TAYAR DALAM AIR

Agak leceh sedikit. Keluarkan seluruh tayar daripada kenderaan dan masukkan ke dalam bekas air. Jika tayar bocor, anda dapat lihat buih kecil pada punca kebocoran berkenaan. Pastikan setiap bahagian tayar diperiksa kira-kira 5 minit, dan jika tiada sebarang buih dikesan, barulah beralih ke bahagian lain.

Jika kebocoran dikesan, pasang semula tayar pergilah ke kedai tayar untuk dibaiki. Hmm...

Namun, seandainya mahu fikiran lebih tenang, beli saja tayar baharu. Apapun, anda disarankan menggantikan tayar secara berpasangan, iaitu dua di depan atau dua di belakang supaya tidak menjejaskan prestasi tayar. Bukan hanya menukar tayar yang bocor sahaja.

BACA >>> Kenapa dan Apa Perlu Buat untuk Elak Tayar Merekah?

4. PERGI KEDAI TAYAR

Ini paling mudah. Cuma pandu kereta anda ke kedai tayar berdekatan dan beritahu mekanik di situ tentang bahagian tayar mana yang kerap mengalami masalah kempis. Sebenarnya, mekanik tayar pun akan melakukan semua langkah sama yang disebut di atas.

Bezanya, apabila kebocoran dikesan, anda boleh terus saja membaiki tayar tersebut. Upah dan caj menampal tayar bocor ialah lebih kurang RM8-RM10, dan kalau lebih teruk mungkin sampai belasan ringgit. Dan jika tidak tahan dibodek, tidak mustahli kunjungan anda ke kedai tayar akan berakhir dengan menukar keempat-empat tayar atau rim sport.

Tetapi jika tiada apa-apa kebocoran berlaku, itu mungkin cuma perasaan anda semata-mata dan bersiap sediakan membayar duit upah membuka tayar.

Related

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Cara Periksa Tayar Pancit Kecil, periksa tayar, Tayar Bocor, Tayar Bocor Kecil, Tayar Pancit, Tayar Pancit Kecil, Tip Auto, Tip Periksa Tayar Bocor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev