• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?

Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?

October 30, 2018 By Aryon Leave a Comment

810
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AWAL tahun ini, Harley-Davidson ada mengumumkan rancangan mahu menawarkan motosikal bersesaran kecil dalam usaha meluaskan pasaran ke rantau Asia, terutama India. Pada masa itu pengeluar dari Amerika Syarikat (AS) itu sedang mencari rakan kongsi untuk merealisasikan impian besar tersebut. Nampaknya Harley sudah berjumpa dengan guru motosikal kecil.

Lakaran di bawah ini dihasilkan editor Young Machine, Ichi dengan mengubah blok enjin Street 500 kepada nadi silinder tunggal dan dipasangkan untuk jentera flat-track diilhamkan daripada rekabentuk model H-D elektrik yang diperkenalkan awal tahun ini.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

[Atas] Lakaran motosikal elektrik Harley-Davidson, tangki gaya XR 750-style dan pelana big ant. [Bawah kanan]Proses pembuatan mock up tanah liat model baharu - Xray 750. [Bawah kiri] Model penyejuak cecair baharu dengan ciri khas motosikal India - gad 'Sari' untuk mengelak pakaian terjerut masuk dalam enjin.
Perincian lakaran cukup mengagumkan dan nampak cukup real, tida seperti imej janaan komputer (CGI). Malah, kalau ditunjukkan kepada sesiapapun akan mengatakan itu ialah model Harley-Davidson sebenar.

Menurut laman web itu, Harley-Davidson sudah menjalinkan kerjasama dengan TVS Motor yang memiliki kepakaran dalam pembuatan model 250cc-500cc. Pengeluar motosikal dari India itu memiliki pengalaman besar dalam menghasilkan model sesaran kecil, termasuk barisan 160cc hingga 310cc dengan jenama sendiri, malah sudah bekerjasama dengan BMW untuk mengeluarkan G310.

BACA >>> Berita Gembira!!! BMW G 310 RS Kini di Malaysia - Harga RM29,900!

Pembinaan platform baharu ialah sebahagian pelan jangka panjang Harley-Davidson yang didedahkan pada 30 Julai lalu dalam usaha memulihkan imej jenama itu yang sinonim dengan penunggang matang. Rancangan empat tahun itu melibatkan pengenalan model yang lebih remaja, termasuk elektrik.

Bagi pasaran motosikal yang kecil di Malaysia, tidak diketahui adakah negara kita termasuk dalam radar jajahan baharu Harley-Davidson. Namun, kelompok peminat jenama Amerika itu bukan sedikit, jadi potensi dibawah masuk itu sentiasa ada. Sama seperti BMW memperkenalkan model G 310 R pada 2017. Malah, harga baharu model Harley-Davidson itu juga dijangka dalam julat harga lawannya itu, iaitu di bawah RM30,000.

SUMBER: YoungMachine

Related

810
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Harley-Davidson, Janaan Komputer (CG), roda2, TVS Motor, young machine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev