• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 7 Tip Jaga Helmet Supaya Kekal Bersih, Tidak Berbau dan Cantik Bersinar!

#ApaNakBuat: 7 Tip Jaga Helmet Supaya Kekal Bersih, Tidak Berbau dan Cantik Bersinar!

October 29, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HELMET ialah aksesori penting buat penunggang motosikal yang berfungsi melindungi kepala ketika berlaku kemalangan. Helmet perlu dijaga sempurna supaya kekal bersih, sama seperti kita menjaga pakaian peribadi.

Ada kalangan penunggang yang langsung tidak mempedulikan helmet. Asalkan boleh pakai, sampai bertahun-tahun tidak pernah dicuci. Ingat, jangan pandang remeh pasal hal penjagaan helmet.

BACA >>> Tentang Helmet Senyap yang Perlu Anda Tahu

Kesalahan umum yang sering dilakukan pemilik ialah membiarkan helmet dalam keadaan lembab dan kotor selepas digunakan. Perkara yang biasa dialami ialah bahagian dalaman helmet jadi lembab disebabkan peluh. Apa kata ikut tip-tip jaga helmet di bawah ini:

1. Selepas digunakan, terbalikkan bahagian dalaman ke atas supaya kelembapan tidak terperap.

2. Jangan pula dijemur terus di tengah panas, bimbang stirofoam atau busa polisterina cepat rosak.

TIPS CUCI HELMET-1
TIPS CUCI HELMET-3
TIPS CUCI HELMET-6
TIPS CUCI HELMET-7

3. Jangan biasakan menyembur minyak wangi kerana boleh merosakkan material helmet.

4. Jika perlu, lapkan dan bersihkan bahagian dalaman helmet dengan bahan pencuci khas. Jika terlalu kotor, bahagian dalaman mudah tanggal seperti pad pipi boleh dibersihkan dengan pencuci rendah kimia seperti syampu bayi atau cecair pencuci pinggan.

BACA >>> Tentang Standard Keselamatan Helmet yang Perlu Anda Tahu

5. Selepas dicuci, jangan diperah, tetapi biarkan kering sendiri. Sekali lagi diingatkan, jangan jemur bawah cahaya matahari secara langsung.

6. Cara mencuci visor dan luaran helmet perlu dibuat dengan lembut supaya tidak calar. Gunakan kain mikrofiber dan anti-calar untuk membersihkan helmet dan lilin penggilap automotif supaya kemasan nampak baru.

7. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian kecil seperti lubang ventilator helmet atau skru dan nat.

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aksesori, apa nak buat, autotainment, helmet, TahukahAnda, Tip Cuci Helmet, Tip Jaga Helmet, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev