• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Perkenal Warna Hitam Kusam untuk Skuter Lexi

Yamaha Indonesia Perkenal Warna Hitam Kusam untuk Skuter Lexi

October 29, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan warna baharu hitam kusam, Matte Black untuk skuter Lexi. Skuter itu dilancarkan secara rasmi pada awal tahun ini dalam tiga pilihan warna: putih, merah kusam dan kelabu kusam.

Penambahan warna baharu itu memberikan lebih banyak pilihan buat pembeli, terutama peminat Yamaha. Bagaimanapun Matte Black cuma untuk model Lexi standard, manakala Lexi S masih kekal dengan tiga pilihan asal. Matte Black menampilkan sosok skuter serba hitam, tetapi sama seperti Lexi lain, tiada langsung strip pada badan. Cuma tinggal logo Yamaha dan lencana Lexi dikromkan. Nampak cukup minimalis tetapi tetap sporty.

BACA >>> Yamaha Lexi 125 Rasmi Lancar di Indonesia - Harga Rp20 Juta (RM5,800)

Lexi diperkenalkan pada Januari 2018, dan menjadi ahli famili baharu dalam barisan skuter maksi Yamaha selepas NMAX (2015). Sebagai ahli maksi, Lexi dilengkapi banyak ciri model dan lantai kaki rata untuk keselesaan penunggang. Menariknya, kehadiran Lexi terus melayakkan model itu dinobatkan sebagai Motosikal Terbaik 2018 di Indonesia.

Walaupun nampak gempal, tetapi menurut Yamaha, berat skuter itu sebenarnya ringan. Lexi turut menawarkan ruang lantai kaki luas, pelana besar dan panjang, berserta ruang simpanan besar. Ciri dimiliki pula terdiri daripada lampu depan LED, lampu amaran kecemasan, spidometer digital penuh, soket kuasa elektrik untuk cas telefon pintar dan sistem henti-mula (SSS) bagi kecekapan bahan api. Varian Lexi S pula ditambahkan dengan kunci pintar atau sistem masukan tanpa kunci (keyless).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi 'Yamaha Blue Core'?

Nadi Lexi dijana enjin silinder tunggal 124.7cc VVA penyejukan cecair berkuasa 11.7hp @ 8,000rpm dan tork 11.3Nm @ 7,000rpm. Menurut Yamaha, teknologi injap variabel gerak (VVA)  mampu menjaga kuasa dan tork pada setiap putaran enjin berbanding enjin tanpa teknologi sama.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: maxi scooter, roda2, skuter, skuter maksi, Yamaha, Yamaha Lexi, Yamaha Lexi Matte Black

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev