• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Perkenal 370Z NISMO dan Juke NISMO di Filipina yang Bukan Kosmetik Sahaja

Nissan Perkenal 370Z NISMO dan Juke NISMO di Filipina yang Bukan Kosmetik Sahaja

October 28, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA tahun lalu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pernah menawarkan Nisssan 370Z di pasaran tempatan dan dilihat sebagai keputusan perniagaan berani.

Selepas beberapa ketika, penawaran 370Z dihentikan kerana ETCM mahu menumpukan kepada varian NISMO dan Impul bagi menambah perisa sporty untuk barisan model ditawarkan wakil pengedar Nissan itu. Pasaran Asean sebenarnya tidak berapa cenderung kepada kereta prestasi dek duti dan cukai tinggi yang menyebabkan ia mahal untuk dibeli.

BACA >>> Nissan Leaf Nismo Akhirnya Dilancarkan, Tetapi untuk Pasaran Jepun Sahaja

Tambahan pula di negara kita, pengimport bebas lebih mudah membawa masuk unit terpakai dan dijual pada harga mesra pembeli.

370Z NISMO DAN JUKE NISMO DI FILIPINA

Nissan bagaimanapun kekal berani, beberapa bulan lalu Nissan GT-R 35 dipasarkan di Thailand dan terbaharu memperkenalkan pula 2 model khas NISMO di Pameran Motor Antarabangsa Filipina ke-7.

Bukan Almera atau Livina, tetapi 370Z NISMO dan Juke NISMO. Menariknya, kedua-dua model itu bukan sekadar dilengkapi kit badan saja, tetapi sama seperti barisan model khas NISMO untuk pasaran antarabangsa seperti GT-R, Sentra (Amerika) dan Patrol (Timur Tengah), ia juga mendapat talaan berbeza supaya lebih berkuasa dan menepati prestij tanda nama tersebut.

Berikut fakta ringkas tentang 370Z NISMO:
  • Selain Skyline, Nissan konsisten menawarkan siri model ini kepada pengguna sejak puluhan tahun lalu.
  • Dikuasakan enjin 3.7 DOHC V6 VVEL berkuasa 350 hp dan tork 374 Nm
  • Kit badan aerodinamik
  • Suspensi dan pendakap suspensi (strut tower brace) untuk menambah ketegaran badan kereta
  • Sepasang damper prestasi untuk mengurangkan gegaran dan membantu prestasi dan pengendalian kereta
  • Model standard 370Z turut bakal ditawarkan tahun depan.
Berikut fakta ringkas tentang Juke NISMO:
  • Walaupun berusia, Juke masih relevan ditawarkan
  • Dikuasakan enjin 1.2L Turbo
  • Juke dengan rekabentuk badan unik dilengkapkan kit aerodinamik supaya tampak agresif.
  • Dilengkapi I-CON System yang menjadi pusat mengubah tetapan kereta.

Selain maklumat di atas, Nissan tidak mendedahkan butiran terperinci, termasuk harga. Apa yang pasti, kereta keluaran khas NISMO itu bukan murah. Kepada peminat tempatan pula, anda sebenarnya boleh memiliki Juke dan GT-R NISMO ini daripada pengimport bebas.

Unit terpakai Juke NISMO dipasarkan pada harga sekitar RM130,000, manakala GT-R NISMO pula hampir RM500,000. Untuk rekod, Nissan GT-R 35 baharu yang dipasarkan di Thailand berharga lebih RM1 juta.

BACA >>> Nissan Serena Nismo Mula Dijual di Jepun, Harga RM126k

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, Nismo, Nissan, Nissan 370Z, Nissan 370Z NISMO, Nissan Juke, Nissan Juke NISMO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my