• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kurang 2 Bulan, Proton X70 Sudah Terima 10,000 Tempahan

Kurang 2 Bulan, Proton X70 Sudah Terima 10,000 Tempahan

October 27, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

678
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KURANG dua bulan, Proton X70 sudah menerima lebih daripada 10,000 tempahan biarpun ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Daripada jumlah itu, hampir 2,000 tempahan dibuat menerusi platform dalam talian yang dibuka pada 17 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pihaknya berterima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan diberikan. Meskipun ia masih belum dilancarkan, maklum balas diterima sangat menggalakkan.

“ Buat masa ini, kami berharap pelanggan yang sudah membuat tempahan dapat bersabar dan persiapan akhir pelancaran Proton X70 sedang giat dijalankan.

“ Model ini juga menjadi SUV pertama Proton yang dihasilkan bersama Geely dan kami turut berusaha keras bagi memastikan model ini menepati apa yang diharapkan oleh pembeli,” katanya lagi.

Sedia maklum, Proton X70 bakal didatangkan dalam empat pilihan varian iaitu ;

  • Proton X70 Standard 2WD
  • Proton X70 Executive 2WD
  • Proton X70 Executive AWD
  • Proton X70 Premium 2WD

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton Perincikan Varian, Warna dan Material X70

ENJIN TURBO

Dari segi mekanikal, Proton X70 menampilkan enjin 1.8L TGDi. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, enjin turbo berkenaaan mampu menjana kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500 - 4,000rpm).

Bagaimanapun, tiada sebarang tanda harga Proton X70 didedahkan buat masa ini. Ia masih lagi menjadi tanda tanya sehinggalah tiba hari pelancaran.

Syabas Proton kerana menerima lebih daripada 10,000 tempahan. Bagaimanapun, kami harap Proton tidak lagi mengulangi kesilapan terdahulu. Pastikan pelanggan tidak tunggu terlalu lama bagi menanti kehadiran SUV ini selepas pelancaran kelak.

Apa-apapun Proton, jangan ‘banyak main’ dan tahniah kerana menerima sambutan luar biasa terhadap SUV pertama itu.

Haa, tepuk !!!

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton GKUI - Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

GALERI

stereng proton x70
tayar proton x70
harga proton x70
dalaman proton x70

Related

678
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 proton x70, 2019 proton x70, enjin proton x70, harga proton x70, harga suv proton, proton x70 malaysia, tempahan proton x70, top speed proton x70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my