• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Jual 213,300 Unit Kenderaan Sepanjang 2015

Perodua Jual 213,300 Unit Kenderaan Sepanjang 2015

January 19, 2016 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Perodua Cipta Sejarah Jualan 2015_Pandulajudotcom (2)

BIARPUN berhadapan krisis kejatuhan nilai mata wang dan pelaksaan GST, Perodua mencatatkan pengeluaran tertinggi dalam sejarah apabila berjaya menjual sebanyak 213,300 unit kenderaan sepanjang 2015.

Susulan penerimaan hangat terhadap model Axia, Myvi dan Alza sepanjang 2015, Perodua mencatatkan peningkatan sebanyak 16.3 peratus berbanding 196,300 unit pada 2014.

Perodua Cipta Sejarah Jualan 2015_Pandulajudotcom (1)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, 2015 adalah tahun mencabar buat Perodua susulan pelaksanaan GST dan kejatuhan nilai ringgit. Walau bagaimana, syarikatnya berjaya merekodkan jualan terbaik dalam sejarah penubuhan Perodua.

Perodua Axia menjadi model terlaris dengan penjualan sebanyak 99,700 unit yang mewakili 46.7 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan sepanjang 2015. Bagi 2016, Perodua menyasarkan penjualan sebanyak 216,000 unit kenderaan.

Perodua Cipta Sejarah Jualan 2015_Pandulajudotcom (3)

Sementara itu, bahagian komponen dan aksesori turut mencatatkan peningkatan dengan penjualan sebanyak RM248 juta pada 2015, iaitu kenaikan 2 peratus berbanding RM244 juta pada 2014.

Manakala bahagian perkhidmatan selepas jualan turut merekodkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus dengan jumlah pengambilan 1.96 juta susulan penambahbaikan terhadap fasiliti sedia ada.

Syabas Perodua.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alza, Datuk Aminar Rashid Salleh, Jualan 2015, Jualan Terbaik perodua, Myvi, Perodua, Perodua Axia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev