PELANCARAN bahan api premium Blaze 100 Euro 4M ke pasaran tempatan oleh Petron Malaysia nyata menggembirakan ramai pihak terutamanya pengguna kenderaan mewah.
Ini adalah masa yang dinanti-nantikan mereka yang mahukan bahan api yang lebih berkualiti, berkuasa dan pada masa sama menjimatkan.
Untuk itu, Petron Malaysia berjaya mencipta sejarah dalam menerajui teknologi bahan api apabila menjadi syarikat minyak yang pertama memperkenalkan Blaze RON100 Euro 4M.
Untuk itu, kami ada sediakan tujuh fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai bahan api premium ini.
1.) APA ITU RON:
Road Octane Number atau RON adalah ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ia mencampurkan dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
2.) PERTAMA DI MALAYSIA
Petron mencipta sejarah apabila menjadi syarikat minyak pertama yang memperkenalkan bahan api Blaze 100 Euro 4M ke pasaran Malaysia.
3.) HARGA:
Blaze 100 Euro 4M dijual pada harga RM2.80 seliter. Berbanding minyak Shell V-Power Racing, ia dijual pada harga RM2.65 seliter manakala RON97 (RM2.25), setakat Januari 2016.
4.) KELEBIHAN BLAZE 100:
Blaze RON100 Petron adalah bahan api premium dirumuskan dengan Tri-Activ yang mampu memberikan kuasa, perlindungan enjin dan lebih perbatuan.
Kandungan oktana tinggi dalam Blaze turut menawarkan tindak balas enjin yang tiada tandingan selain mengekalkan penjimatan bahan api.
5.) EURO 4M:
Bahan api premium RON100 turut memenuhi spesifikasi Euro 4M yang dapat mengurangkan pengeluaran asap dan penjagaan enjin lebih bersih sekaligus dapat menjaga kualiti alam sekitar.
6.) PENGHASILAN DI PORT DICKSON:
Lebih menarik, Blaze 100 Euro 4M dihasilkan di kilang Petron Port Dickson, Negeri Sembilan di bawah kalan kualiti yang ketat.
7.) 8 STESEN:
Buat masa ini, produk berkenaan hanya ditawarkan di lapan stesen Petron sekitar Lembah Klang dan Johor. Walau bagaimana, Petron merancang untuk mengembangkan ia kepada 30 hingga 50 stesen mengikut pada permintaan pelanggan. Antara lapan stesen itu adalah;
- Petron ML3 Lebuhraya Persekutuan
- Petron Taman Tun Dr Ismail
- Petron Damansara Kayu Ara
- Petron Kesas Arah Barat
- Petron Jalan Maarof
- Petron Tol Sg Besi arah Selatan
- Petron Tol Skudai arah Utara
- Petron Linkedua arah Selatan
Kami juga telah menguji bahan api premium itu di mana ia ternyata memberikan kuasa yang lebih dan menjimatkan berbanding penggunaan minyak lain.
Tetapi, anda perlulah mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan kesemua ini. Rasanya tak salah untuk anda mencuba Petron Blaze 100 Euro 4M.
Leave a Reply