• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR 400R (2019) Pinjam Wajah CBR 250RR, Muncul di EICMA?

Honda CBR 400R (2019) Pinjam Wajah CBR 250RR, Muncul di EICMA?

October 26, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

879
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA sebelum ini dilihat seakan tiada model terkini dengan perubahan besar, cuma model konsep yang mungkin prototaip kepada CB 650 R di Pameran Motor Paris 2018, Oktober lalu. Bagaimanapun, Young Machine menerima maklumat terkini yang pasti menggembirakan peminat jenama motosikal dari Jepun itu.

Dalam barisan 2018, siri CB-R bermula daripada CB 125R hingga CB 1000R yang identik  dengan imej model konsep Neo Sports Cafe. Sementara itu, CB 650 R (2019) dengan enjin 4-silinder sebaris bakal diumumkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, bulan depan.

Pada masa sama CBR 650F menjadi CBR 650R, manakala model konsep F sebelumnya dilahirkan semula sebagai R. Rombakan nama yang mungkin memeningkan kepala kepada sesiapa yang tidak biasa dengan model-model Honda.

BACA >>> Honda CBR 250RR Custom - Seanggun Salji di Puncak Fuji, Curi Perhatian di Tokyo

Maklumat terbaharu pula, khabarnya model sedia ada CBR 400R (CBR 500R di Eropah) dan mungkin siri CBR-R akan berubah imej. Secara spesifik, ada teori mengatakan CBR 400R bakal tampil dengan rekabentuk tajam dan garang seperti CBR 250RR.

Versi R sebenarnya berbeza dengan RR. Nampaknya akan ada famili besar dengan penampilan CBR, dan diselitkan dalam struktur produk yang akan dibahagikan kepada R dan RR. Macam peningkan?

Lihat gambar atas, sebelah kiri ialah model CBR 400R (2016) yang direka semula dengan mengubah mentol konvensional kepada lampu depan LED lebih tirus. Model CBR 250 RR (2019) pula rekabentuk CBR paling terkini yang muncul pada 2017. Jadi rekabentuk CBR 400/500 R (2019) dikatakan hampir sama seperti model di atas.

BACA >>> Honda CBR500R, CB500F dan CB500X Sambut 2018 dengan Wajah Serba Baharu


Gambar di atas pula ialah model bayangan berdasarkan janaan komputer (CG) CBR 400R (2019) dilakukan Young Machine dengan posisi hendal tinggi seperti tunggangan touring dengan mengaplikasi konsep CBR 250RR.

BACA >>> 13 Fakta Pantas | Kawasaki Ninja 400 (2018)

Di Jepun, jumlah jualan Ninja 400 ialah sebanyak 1,749 unit sepanjang separuh tahun ini, iaitu hampir dua kali ganda berbanding CB 400 SF / SB. Malah, Kawasaki memang menguasai pasaran sportbike 400 di Negara Matahari Terbit itu.

CBR 400R (2019) bakal bersaing dengan penampilan imej RR. Sebagai tambahan, Yamaha YZF-R3, yang mengekalkan momentum jualan terbaik setakat ini, turut membaharui model 2019 dengan ciri fork terbalik (USD) dan muka tengah mirip itik.

BACA >>> 7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]

Selepas Yamaha YZF-R3 (2019) - tengah - yang baru saja diumumkan dan model baharu Kawasaki Ninja 400 - paling kiri -, sekarang Honda CBR 400R (2019) akan menyertai bertempur dengan dua lawan utama itu, kali ini dengan wajah RR serba baharu.

Mampukah?

* Imej CBR 400R dalam artikel ini bukan imej model sebenar, cuma gambaran lakaran janaan komputer (CG).

Related

879
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR 250RR, Honda CBR 400R, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, Kawasaki Ninja 400, roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha YZF - R3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev