• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Evoke Uji Bateri Baharu untuk Motosikal Elektrik, Boleh Cas Penuh Sepantas 15 Minit

Evoke Uji Bateri Baharu untuk Motosikal Elektrik, Boleh Cas Penuh Sepantas 15 Minit

October 26, 2018 By Han Othman Leave a Comment

430
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal elektrik dari China, Evoke kini sedang menguji rekabentuk bateri baharu yang mampu mengecas penuh sepantas 15 minit berbanding jentera EV biasa dengan masa berjam-jem.

Jika berjaya, ujian itu akan setanding model basikal kargo elektrik, Rapide 2 diumumkan Gaius Automobile. Bezanya model Evoke itu akan digunakan untuk model massa, dan bukan penghantaran.

Bateri biasa Evoke ketika ini perlu dicas selama 8 jam untuk 110v dan 4 jam untuk 220v. Namun, bateri baharu itu nanti mampu mengecas daripada pengecas standard Tahap 2 (soket kenderaan 24v) berbanding menunggang hingga bateri habis dan perlu dicas sepanjang malam. Ini secara tidak langsung membataskan praktikaliti jentera itu.

BACA >>> RMK E2 - Motosikal Elektrik Ini Mampu Capai Kelajuan 100kmj Tanpa Hab Roda Belakang

Bateri baharu Evoke bukan hanya direka untuk pengecasan pantas, tetapi juga pelbagai kegunaan. Selain satu bateri yang sesuai untuk satu motosikal kecil atau skuter, ia juga boleh menghubungkan banyak bateri serentak untuk kenderaan lebih besar mengikut keperluan kuasa.


Perkara lain yang tidak difkirkan kebanyakan orang ialah penyejukan. Bateri dapat beroperasi pada tahap terbaik dalam julat suhu tertentu, manakala kuasa berlebihan ketika mengecas atau beban tinggi boleh menyebabkan situasi panas lampau (overheat), sekali gus menjejaskan kesihatan bateri.

Selain merancang menggunakan bateri generasi kedua cas pantas untuk model akan datang, Evoke juga berhasrat menjadikan produk itu sesuai dan siap sedia digunakan pengeluar lain. Ini sama seperti diusulkan Gogoro dan Kymco yang mencadangkan kaedah menukar bateri di jalanan supaya penunggang dapat meneruskan perjalanan tanpa perlu menunggu lama untuk mengecas.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Namun ketika pengeluar lain lebih menumpukan kepada skuter, bateri baharu Evoke bukan membuka pintu untuk lebih banyak jenis kenderaan yang lebih besar daripada motosikal hingga kereta kecil.

Hmm, menarik!

SUMBER: RideApart

Related

430
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bateri EV Cas Pantas, Bateri Motosikal Elektrik, China, EV, Evoke, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev