SELEPAS memperkenalkan secara rasmi di ASEAN Autoshow 2015, Naza Kia Malaysia mengumumkan harga jualan bagi model Rio versi sedan yang dijual pada harga RM72,888.
Melihat dari keseluruhan tubuh badan, rekaan di antara versi hatchback dan sedan adalah hampir sama. Tidak banyak perbezaan melainkan ketiadaan bumbung panoramik pada versi sedan.
Ia hadir dengan lampu utama LED siang bersama kombinasi lampu LED pada lampu belakang selain gril Tiger Nose.
Pada bahagian dalaman, hampir keseluruhan ruang kabin didominasi padanan warna hitam.
Ruangan papan pemuka ringkas, stereng teleskopik, paparan data pemanduan meter, butang penghidup enjin tanpa kunci, sistem audio dengan enam pembesar suara, Bluetooth dan sambungan USB/Ipod adalah antara ciri yang boleh anda perolehi.
PRESTASI:
Aspek mekanikal masih sama iaitu dikuasakan dengan enjin Gamma 1.4L MPI DOHC CVVT yang mampu menghasilkan 107hp pada 6,300rpm dan tork 137Nm (4,200rpm). Malangnya, ia hanya dilengkapi sistem transmisi 4-kelajuan automatik saja.
Kia Rio versi sedan ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Clear White (Putih), Bright Silver (Perak), Deep Blue (Biru) dan Signal Red (Merah).
SPESIFIKASI:
KIA RIO SEDAN
ENJIN 1.4L Gamma DOHC MPI CVVT
TRANSMISI Automatik 4-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 107hp@6,300rpm
TORK MAKSIMUM 137Nm@4,200rpm
KAPASITI TANGKI 43L
HARGA RM73,000
Leave a Reply