• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tamat Kerjasama dengan TnG, Efkon Keluarkan Peranti Smart Tag Versi Ditambah Baik

Tamat Kerjasama dengan TnG, Efkon Keluarkan Peranti Smart Tag Versi Ditambah Baik

October 23, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SMART TAG kembali lagi! Kali ini produk itu ditambah baik dan tidak lagi dijual syarikat Touch n' Go Malaysia (Touch 'n Go).  Sebelum anda keliru, kami ulaskan dulu tentang kehadiran Smart Tag di Malaysia.

BACA >>> Smart Tag Cap Ayam: Touch n Go Beri 2 Penyelesaian, Produk Baharu Akan Keluar Tetapi Entah Bila

Peranti Smart Tag sebelum ini dijual Touch n' Go dengan produk dibekalkan Efkon Asia Sdn Bhd (Efkon). Kini, selepas kerjasama bersama Touch n' Go tamat, Efkon memutuskan menjual sendiri peranti tersebut yang dijenamakan semula sebagai E-TAG. Disebabkan peranti sebelum ini dikecam teruk pengguna, Efkon kini menambah baik peranti berkenaan.

EFKON MAXTAG ETAG Smart Tag_PanduLaju_1
EFKON MAXTAG ETAG Smart Tag_PanduLaju_4
EFKON MAXTAG ETAG Smart Tag_PanduLaju_6

Peranti itu, yang menggunakan teknologi dari Austria, sebenarnya tidak jauh berbeza dengan produk sedia ada di pasaran. Namun, ada beberapa penambahbaikan dibuat bagi menangani aduan pengguna sebelum ini:

  • Mikropemprosesan lebih cepat
  • Penambahbaikan Printer Circuit Board (PCB) yang disambung kepada paparan LCD baki kad
  • Ujian tahan panas 80ºC

BACA >>> 20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch N Go yang Perlu Anda Tahu

Selain Efkon, turut sama menyertai pasaran jualan peranti tersebut ialah Sigma Technology Sdn Bhd menerusi nama MaxTAG yang kini boleh didapati daripada laman beli-belah atas talian seperti Lazada dan 11street. Kedua-dua syarikat menjual produk itu pada harga sama, iaitu RM143 (termasuk caj penghantaran).

EFKON E-TAG-19
EFKON E-TAG-7

BACA >>> #SembangDeras: Kaitan Smart Tag Cikai dan Proton. Kenapa Produk Kita, Maruah Kita?

E-TAG dan MaxTAG didatangkan dengan jaminan setahun. Bagaimanapun tambahan waranti dua tahun bakal ditawarkan dalam masa terdekat nanti dengan hanya bayaran RM15.

MACAM MANA NAK BELI?

Buat masa ini, E-TAG dan MaxTAG boleh didapati di stesen minyak Shell terpilih atau menerusi pembelian di Lazada dan Shopee. Pada masa akan datang, ia akan dijual di lebih banyak pengedar dan stesen minyak lain.

GALERI

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, basset sdn bhd, E-TAG, Efkon, Efkon Asia Sdn Bhd, harga E-Tag, harga MaxTag, harga smart tag, MaxTAG, maxtag malaysia, peranti, Roda4, Smart Tag, Smart Tag cap ayam, Smart Tag cikai, TnG, Touch N Go, Touch n' Go Malaysia

Comments

  1. Yeoh Gim Doo says

    January 17, 2019 at 6:10 PM

    Smart tag lebih 10 tahun masih boleh dibaiki

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev