• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Rio Automatik 6-Kelajuan Sudah Pun Ada Dijual di Pusat Jualan?

Kia Rio Automatik 6-Kelajuan Sudah Pun Ada Dijual di Pusat Jualan?

October 23, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM kami ada mengeluarkan imej spyshot Kia Rio versi dipertingkat (facelift) yang difahamkan bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Rupa-rupanya model itu sudahpun dijual di pusat jualan, cuma secara tidak rasmi.

BACA >>> #Spyshot: Kia Rio Facelift dengan Transmisi 6-Kelajuan Bakal Lancar di Malaysia

Hasil tinjauan di laman web Kia Malaysia, bahagian spesifikasi transmisi Rio sudah diubah kepada transmisi automatik 6-kelajuan bagi menggantikan 4-kelajuan. Bagaimanapun butiran lain masih kekal sama dengan memaparkan maklumat model Rio sedia ada.

Selain itu, menurut jurujual yang kami temui, model Rio versi transmisi 4-kelajuan sebenarnya sudah pun tiada di pasaran. Jadi, mana-mana pelanggan yang datang ke pusat jualan, jurujual akan menawarkan Rio versi transmisi 6-kelajuan. Cuma Rio facelift belum lagi dipamerkan.

BACA>>>Amerika Lancar Kia Rio Sedan (2018) bersama Model Hatchback, Harga Bermula RM58,394

Buat masa ini difahamkan stok Rio facelift agak terhad. Bilakah pula bakal dilancarkan dan tiba di bilik pameran dan pusat jualan? Maaf, kami sendiri tiada jawapan untuk ini.

BACA>>>Kia Rio (2017), Enjin 1.4L MPI, 6 Beg Udara - Harga RM79,888

Khabarnya, Naza Kia Malaysia tidak akan melakukan pelancaran rasmi untuk Rio facelift. Ini bermakna model itu akan berada di pasaran secara senyap tanpa sebarang hebahan umum sama ada media cetak atau digital. Kita tunggu saja perkembangan lanjut.

Related

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Facelift, hatchback, Kia, Kia Ria 6-kelajuan, Kia Rio 2017, Kia Rio facelift, Naza Kia Malaysia, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my