• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta F4 Claudio Castiglioni - Edisi Khas Terakhir untuk Superbike Tidak Sah Emisi

MV Agusta F4 Claudio Castiglioni - Edisi Khas Terakhir untuk Superbike Tidak Sah Emisi

October 23, 2018 By Aryon Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


STANDARD emisi baharu bakal menyaksikan superbike MV Agusta F4 bersara daripada pasaran. Namun, sebelum berpisah, pengeluar superbike dari Itali itu membina model edisi khas yang diberikan nama F4 Claudio Castiglioni.

Claudio Castiglioni ialah usahawan Itali yang terkenal sebagai penyelamat dunia motosikal dengan menyelamatkan beberapa jenama terkenal seperti Ducati dan Husqvarna.

BACA >>> 8 Fakta Pantas | MV Agusta Brutale 800 RR LH44 dengan Sentuhan Lewis Hamilton

Castiglioni memiliki tanda dagang MV Agusta pada 1991 dan bertanggungjawab dalam penghasilkan F4 yang diperkenalkan pada 1997. F4CC ialah edisi khas 2008 yang dinamakan sempena namanya menerusi penggunaan  pangkal huruf nama beliau - 'CC'.

VERSI YANG LEBIH LIAR


F4 Claudio Castiglioni terbaharu kali ini hadir lebih liar dengan badan dibina berasaskan gentian karbon, termasuk rim yang dibekalkan BST. Ia juga didatangkan dengan kaliper brek Brembo Stylema dan suspensi Öhlins. Ciri enjin digunakan terdiri daripada rod penyambung titanium, aci engkol ringan dan diimbangkan semula, port intake digilap semula, dan aci folower DLC.

Gabungan sistem ekzos penuh SC Project titanium, F4 Claudio Castiglioni ini mampu menjana kuasa setinggi 212hp untuk varian trek dan 205hp untuk versi jalanan.

Semua kuasa tersebut disokong sistem bantuan penunggang sofistikated dengan 4 mod yang membantu anda mengekang  kebuasan jentera liar tersebut. Skrin pemuka AIM memberikan data tunggangan penuh bersama GPS yang disepadukan bersama.

Semua ciri diberikan itu membantu penunggang menetapkan parameter berbeza ketika beraksi dalam pelbagai bahagian trek. Misalnya, F4 dapat mengasak pantas di selekoh dan kemudian memecut laju di laluan lurus.

BACA >>> MV Agusta F4 RC (2018) - Superbike Akhir Tidak Patuh Emisi Euro4, Masih Sah Atas Jalan

MV Agusta merancang menghasilkan F4 Claudio Castiglioni sebanyak 200 unit sahaja. Setakat ini harga belum diumumkan, tetapi jika melihat tanda harga F4CC (2008), kemungkinan besar superbike itu bernilai lebih kurang AS$120,000 (RM499,500).

GALERI

Related

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Claudio Castiglioni, Itali, MV Agusta, mv agusta f4, MV Agusta F4 Claudio Castiglioni, MV Agusta F4CC, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev